Assalammualaikum wbt dan salam kerinduan dan kasih sayang anak-anakku,
Melalui lisan ibu tidak mampu menyampaikan apa yang tersemat kerana pasti air mata keharuan akan mengalir sama dan ibu akan malu.Karangan ini mampu kalian baca dan ingat kerana selalunya melalui ucapan kalian pasti terlupa maklumlah terlalu banyak pesanan dari ibu...hehehhehe.
Harapan ibu dengan bacaan ini kalian akan sentiasa ingat dan jika terlupa kembalilah ke blog ibu yang serba sederhana ini.Baca dan hayati pesanan ibu yang sebenarnya sama juga dengan pesanan ibu-ibu yang lain.
1. Dirikan solat wajib sepenuhnya dan di awal waktu dan jangan lupa solat sunat.Ingatlah solah itu tiang agama dan semoga iman kalian terpelihara serta ingatlah iman yang kuat dah kukuh tidak boleh diwarisi dan tidak boleh dijual beli.
2.Bacalah Al Quran setiap hari dan hayati maknanya kerana Al Quran adalah sahabat terbaik kalian.Jangan semasa susah baru nak baca Al Quran tapi SETIAP HARI.Sedekahkan pahala bacaan kalian pada insan-insan yang kamu sayang.Ibu turut mengharapkan sedekah dari anak-anak ibu.
3.Dengar nasihat ayahda dan saudara mara lain kerana nasihat mereka adalah tanda kasih sayang mereka terhadap kamu dan jangan persiakan setiap kata-kata itu.
4.Jaga dan layan ayah baik-baik sebab ayah adalah insan yang paling dekat dengan kamu dan sangat berjasa kepada kamu.Walau cerewet macam manapun permintaan ayah nanti cubalah laksanakan dengan hati terbuka kerana ada didikan disebalik cerewetnya itu.
5.Berbudi bahasa dan bersopan santun sesama manusia terutama dengan adik beradik kerana adik beradik adalah sedarah dan sedaging seibu dan sebapa.Bersederhana dalam bergurau senda dan ketawa takut nanti bergaduh duhujungnya.Jika gaduh jangan lama-lama apatah memutuskan silaturahim jangan sekali ye anak-anak.Sedih ibu.
6.Cuba capai cita-cita yang ibu, ayah, atok dan tok wan inginkan kamu dapatkannya demi dunia dan akhirat.Usah berputus asa dan terus berusaha dan berdoalah semoga tercapai impian itu.Semoga Allah permudahkan kalian.
7.Jaga kebersihan, jaga kesihatan diri dan jaga pemakanan untuk menjadi insan yang sihat sejahtera dan unggul.Sayangilah diri sendiri kerana jika sakit datang hanya kamu yang rasa ....ibu dan ayah pun tak dapat rasa sama sakit itu.Jadi jaga diri baik-baik dan bersukanlah agar kesihatan diri terpelihara dan nikmati kehidupan sebaiknya.
8.Berkawanlah dengan sebaiknya dan jangan pernah mengguris perasaan orang lain.Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata padah menimpa.Jika berlaku juga cepat-cepatlah minta maaf dan jangan ulangi lagi.
Bantulah mereka yang memerlukan bantuan kerana jika kita mudahkan urusan orang lain in shaa Allah ...Allah permudahkan kita.
9.Belajar sebanyak mana ilmu kemahiran seperti berenang,memasak,menjahit,menukang dan lain-lain agar kalian ada jati diri yang tinggi yang mampu berdikari.
10.Ingatlah selalu yang ibu sayang kamu semua walaupun ibu ni garang dan tegas namun simpanlah semua kenangan kita bersama.Ibu doakan kalian jadi anak yang soleh dan solehah, diberi kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah, dijauhkan dari kecelakaan dan kejahatan, selamat dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan.Aamin.
Noorfadzilah binti A Aziz
30.10.2014
No comments:
Post a Comment