Thursday, October 16, 2014

Destinasi Percutian Idaman Saya

Setiap bulan memang saya dan suami akan tetapkan hari untuk keluar dari Pasir Gudang untuk membawa anak-anak pergi jalan-jalan tidak kiralah ke bandar atau luar bandar.

Ini bagi memastikan anak-anak kenal tempat orang dan belajar ragam manusia sekeliling serta muhasabah diri bila melihat keindahan alam yang dicipta Allah untuk kita nikmati.

Namun masih banyak tempat di Malaysia ini yang belum kami terokai antaranya destinasi percutian idaman saya iaitu Pulau Sipadan, Sabah.


Pulau Sipadan

Pualu Sipadan cantik

Pulau ini adalah sebuah pulau yang amat cantik dan indah. Memang amat sesuai kepada sesiapa yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kota.

Untuk pengetahuan juga, Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air.

Selain itu juga, Pulau Sipadan pernah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia

Tidak hairanlah, para peminat scuba diving dari seluruh pelosok dunia sanggup datang ke pulau ini untuk menerokai apa yang ada di sebalik pulau ini.

Salah satu tarikan yang membuat para pelancong mengunjungi pulau ini adalah  kerana alam bawah laut pulau ini memberi kepuasan kepada para penyelam. 

Pemandangan yang penuh dengan kehidupan laut seperti barracuda, penyu,ikan dan sebagainya. 

Di tambah lagi dengan warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang pasti akan memberi kepuasan kepada para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan menarik  di dunia.



In shaa Allah ada rezeki dan umur yang panjang ingin saya sempurnakan hajat saya untuk membawa keluarga ke Pulau Sipadan.Aamiin.




No comments:

Post a Comment