Tuesday, October 14, 2014
Pernahkah anda rasa ?
Pernah tak anda rasa sebegini?
Anda ada berniat melakukan sesuatu dan bila sampai masa anda ingin melakukan sesuatu "ada" yang menggerakkan anda untuk melakukannya di kala anda terlupa nak laksanakan apa yang anda niat.
Contohnya......anda berniat nak bangun malam untuk solat malam.Tanpa pasang alarm anda dengan yakinnya akan bangun pukul 3 pagi.
Kalau ikut normal alam seseorang itu agak sukar bangun apatahlagi jika tidur pukul 12 malam.
Namun sampai waktunya anak kecil anda menangis sedangkan selalunya anak anda susah nak bangun tengah-tengah pagi sebab selalu tidur nyenyak.
Tapi disebabkan niat anda nak bangun solat malam, anak anda boleh pulak menangis tanpa sebab.
Terlintas tak difikiran anda, siapakah yang menggerakkan anak kecil anda untuk bangunkan anda dari lena?
Tentunya Allah SWT lah yang menggerakkan kerana terpasangnya niat itu Allah permudahkan hambaNya untuk laksanakan apa yang hambaNya ingin lakukan.
Allahuakbar, Maha Suci Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment