Seronok bila melihat rakan seperjuangan bercerita tentang kenapa mereka memilih Shaklee.
Saya pun terpanggil juga untuk berkongsi kenapa saya pilih Shaklee untuk supplemen dan memilih Shaklee sebagai business untuk menambah pendapatan .
Terus terang saya katakan sebab PERTAMA saya join Shaklee kerana insan bernama Master Yati Napi.Beliau bertanggungjawab membuatkan hati saya terpanggil untuk mendaftar dengan Shaklee.
Melihat usaha beliau yang bersungguh-sungguh untuk berkongsi kebaikan produk sehingga berjaya menjana income besar serta berjaya mendaki tangga yang paling teratas membuat saya sangat kagum.
Terfikir oleh saya, jika beliau boleh kenapa saya tidak? Saya perlu mencuba buat seperti beliau memandangkan saya pun memang suka dengan produk Shaklee ini dan sering mengajak kawan-kawan amalkan produk Shaklee.Sedangkan masa itu saya belum register pun dengan Shaklee.
Sebab kedua plan pemasaran Shaklee ini sangat adil kerana jika kita bekerja keras dan lebih maka pulangan bonus adalah tinggi dan jangan tak percaya inilah MLM pertama yang saya tengok upline boleh dicilok atau dicantas oleh downline.Usah risau dan jangan terfikir kalau downline kerja keras maka upline goyang kaki.Its not Shaklee!!!
Sebab ketiga semestinya produknya yang :-
SENTIASA SELAMAT
SENTIASA BERKESAN
SENTIASA MESRA ALAM
Memang berkesan jika diambil dengan cara yang betul dan istiqomah disertakan sekali keyakinan kepada Allah untuk rasa lebih sihat .
Bila ada produk yang bagus, sistem pemasaran yang hebat (walaupun ada orang kata sistem kuno sebab kena kerja keras baru dapat duit) dan ada group yang selalu suntik semangat maka berkobar-kobarlah cita-cita saya untuk membantu ayah dan emak saya.
Seperti anak yang lain saya juga memang nak capaikan apa jua IMPIAN AYAH DAN EMAK saya yang telah banyak berkorban untuk kebahagiaan saya.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan businessku agar aku mampu bahagiakan pula ayah dan emak yang tersayang.Berikan aku sedikit kekuatanmu agar aku terus tabah dan kuat menjalani ujian dunia akhiratmu.
Bonus yang saya dapat memang niat untuk bantu suami menambah pendapatan untuk berikan yang terbaik buat anak-anak kami yang 5 orang ni.Apa jua keperluan samada dari segi fizikal dan kerohanian kami mesti berikan yang terbaik kerana anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga sebaiknya.
Sebab keenam, saya gembira business Shaklee kerana dapat share khasiat produk Shaklee dengan insan lain.
Alhamdulilah sepanjang saya berbusiness Shaklee, semua memberikan feedback yang positif.
Sebab ke tujuh adalah untuk menjadi seorang hamba Allah yang mampu memberi.Teruja bila melihat master2 lain yang menggunakan hasil perniagaan untuk membantu insan yang tidak bernasib baik.In shaa Allah.
Semoga kak dila terus sukses! Allah mudahkn segala urusan akk di dunia & akhirat, In Shaa Allah
ReplyDeleteNi rasa nak peluk Nur kuat2...terharu dgn doa Nur....begitu juga dgn Nur.
ReplyDeleteIn shaa allah kita boleh sukses dunia akhirat.
Yeay! Kak dila teruskan berblogging macam dalam cabaran ea..kita nak baca lagi entri seterusnya ^^
ReplyDeleteterima kasih dik bestie sheteen ;)
Deletein shaa allah...jemput dtg baca ye...hehehhe