Thursday, December 25, 2014

Pembantu dapur Turbo Chopper ( Tupperware )

Sebenarnya dah lama saya nak share tentang Turbo Chopper (Tupperware ) dengan teman-teman semua tapi tu laaa baru ni teringat balik nak ceritakan kepantasan dan kebaikannya.


Gambar dari Goole


Gambar dari Goole

Sebelum ni memang saya ada jual Tupperware , itu yang saya ikrar nak tukar semua barang dengan jenama Tupperware supaya biar saya rasa dulu kebaikan Tupperware ni.Antara yang saya beli ialah Turbo Chopper ni.

Mula-mula saya terpegun tengok teknologinya, saya dan suami belek-belek dan dalam hati berkata betul ke boleh kisar lebih halus ni? Lepas tu saya simpan dalam gerobok .Lama jugak saya simpan, rasa sayang pulak nak memakainya maklumlah mahal.Harga pasaran RM 124.00.

Kemudian satu hari takde elektrik kat rumah, saya bagi alasan kat suami tak boleh masakla sebab tak bole blender.Suami terus keluarkan Turbo Chopper ni suruh saya guna.Akhirnya saya guna jugak......

Masya-allah, memang memudahkan kerja mengisar. Kalau setakat letak sebiji bawang besar + halia sebesar ibu jari + cili padi 5 ulas, hmm alahai, muat sangat . Masukkan jer semua bahan-bahan tadi, tutup dan tarik la berapa kali nak tarik sampai halus.

Selain itu, Tupperware Turbo Chopper ini juga membantu kita buat senaman tangan.Lepas tu memang jarang saya guna blender sebab kalau guna Turbo Chopper ni memang tak perlu letak air jadi masa menumis jadi lebih singkat.Tak perlu tumis bahan sampai air kering, itu yang saya suka jimat masa.Maklumlah ibu macam saya ni memang kerja nak cepat je.

Cepat siap kerja cepatlah berehat kan? Betul tak. So, saya galakkan u all yang sibuk seperti saya yang asyik dok kejar masa ni belilah satu Turbo Chopper ni kat rumah.

No comments:

Post a Comment