Friday, December 26, 2014

Asal usul nama anak

Setiap nama anak pasti ada sejarah masing-masing macam mana terhasilnya nama mereka, jadi saya buat satu entry untuk mereka ingat asal-usul nama mereka.

Nur Uzma
Anak yang sulung pastinya kami berdua teruja sebab anak pertama la katakan.Saya listkan beberapa nama tapi suami reject...hehheheh sebab macam pelik-pelik je katanya.Suami yang bagi nama ni lepas baca buku nama-nama dalam Islam.Suami suka dengan nama tu sebab maknanya "terbesar" atau "terbaik" kenalah dengan dia sebab Uzma anak sulung kena jadi yang terbaik buat adik-adik.

Nur Ayla
Asalnya dari cerita Perancis, suami dan saya berkenan nama heroin tu namanya Ayla.Sebelum tu suami confirmkan dengan kawan beliau yang arif bahasa Arab akan makna Ayla sebab dalam buku nama-nama dalam Islam memang takde. Ustaz tu kata Ayla bermakna "ditinggikan".

Kaiyisah Hanis Safiya
Nama Kaiyisah datang dari rasa minat saya dengan maknanya sebab best iaitu yang bijak dan segak.

Hanis tu mak saya bagi sebab saya nak salah seorang anak saya dapat nama dari Tok Wan mereka.Hanis bermaksud yang warak.(In Shaa Allah).

Safiya pulak datang dari idea suami yang bermakna baik dan suci.
Kalau u all perasan dan kalau disebut nama Kaiyisah Hanis Safiya ni bagai satu nama sebab sebutannya macam bersambung.Kan?
Unik sebab panjang namanya dari kakak-kakak beliau.

Muhammad Dhiya Ulhaq

Dari zaman kat Maahad lagi suami memang dah niat kalau ada anak lelaki nak bagi nama tu.Maknanya ialah "sinaran kebenaran".Masa nak daftar nama ni memang suami tak share dengan saya, berdebar-debar dibuatnya.Bertuah betul suami nak buat kejutan hingga dapat surat beranak barulah saya tahu nama baby boy pertama kami ni.

Muhammad Umar Muallim

Setiap kali dalam perjalanan balik keje (pukul 6.30) saya akan dengar ceramah radio Johor sebab saya nak sejukkan hati yang panas mengadap jem hari-hari.Saya mula tertarik dengan Umar sejak mengandungkan Umar 6 bulan.Hampir hari-hari ustaz tu buka cerita tentang Saiyidina Umar Al Khattab.Tentang perjuangan dan tentang keberaniannya sampai saya terniat nak letak nama Umar.
Nama Muallim ni suami saya nak bagi sebab sebutan lebih lembut dan maknanya lebih elok iaitu pengajar.

Itulah asal usul nama anak-anak saya yang mana setiap nama anak mesti suami yang  putuskan nama itu okay atau tidak.Sebab suamikan ketua keluarga.;)

Semoga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.






No comments:

Post a Comment