Lagi beberapa hari 2014 akan menutupkan tirainya dan pergi meninggalkan seribu kenangan.Saya bersyukur kerana masih bernafas dan ada semangat untuk terus hidup dengan menjalani hidup sebaiknya bersama insan-insan yang saya kasihi dan sayangi.
Alhamdulilah kalau di tengok balik apa yang saya dah capai pada tahun 2014 memang ada yang tak terduga telah saya capai yang memang tiada dalam list plan tahun 2014.
Kitakan hanya manusia yang mampu merancang tapi Allah punya rancangan lagi hebat.
Antaranya ialah saya menjadi ahli Shaklee dan secara serius saya buat business Shaklee.Sungguh saya tak sangka dan tak terduga pun sebab ianya seperti "follow the flow".
Allah makbulkan doa saya untuk menambahkan rezeki dengan berniaga.
Ada juga perkara yang saya tak terfikir nak join tapi saya masuk programnya iaitu saya join Jom Kurus 1 Malaysia dan join Group Training.Apa pun ada sebabnya Allah bukakan hati suami untuk benarkan saya join group tersebut dimana ianya berbalik pada target 2014 saya nak slim down dan fitkan badan balik.So, itulah jalan yang Allah buka untuk saya.
Bagi tahun 2015, saya INGIN...........
* Saya ingin jalankan projek baru iaitu PROJEK 5 ANGKA 3 BULAN bersama ayah, emak dan adik beradik serta seiring dengan"anak-anak Shaklee".Allahuakbar.
* Saya nak sebarkan dan kongsikan info produk dengan seramai mana yang boleh bagi meningkatkan kesedaran manusia sejagat terhadap supplemen dalam kehidupan.
* Kewangan : Saya nak saya , ayah dan adik beradik BEBAS KEWANGAN hasil dari bonus Shaklee!
* Aset : Saya nak beli tanah. Di mana ? Besar mana ? Untuk apa? Biarlah rahsia...hehehhe
* Keluarga : Saya ingin anak-anak lebih baik dan lebih berdikari dan lebih berjaya dalam apa jua bidang yang dimasuki.
* Saya ingin hubungan suami isteri lebih harmonis dan romantis.Lebih banyak habiskan masa dengan buat aktiviti bersama contohnya pergi memancing sama-sama.
* Keagamaan : Saya ingin tingkatkan amalan sunat selain menjaga amalan wajib dan betul-betul menjaga aurat sebab bila anak dah masuk Tahfiz si ibu kenalah dulu berubah serta tambahkan hafalan surah-surah Al Quran.
* Keperibadian : Saya ingin menjadi lebih baik dan lebih tenang , rajin dan kena kuat berusaha.Lebih pandai uruskan masa dan pastikan kena buat apa yang dikatakan NAK bukan cakap kosong.
* Kesihatan : Teruskan bersenam dan makan supplemen agar lebih sihat dan fit.Kalau boleh buat secara berjemaah dengan suami dan anak-anak.
No comments:
Post a Comment