Friday, December 26, 2014

Anak pun suka jual Shaklee

Salah satu sebab saya suka Shaklee  adalah business ini boleh diwarisi oleh anak-anak.Anak-anak saya yang 3 orang yang dah besar ni suka dengar sebab mereka pun akan jual dan akan dapat bonus macam saya.

Terutama anak nombor 2 saya si Nur Ayla memang setiap hari suka tanya saya berapa Sales saya dapat hari tersebut.Dia akan tanya produk apa yang kawan ibu beli,  berapa harga dan berapa point.
Nampak tak keprihatinan beliau?

Saya pun tak sangka dia punya kesan macam tu bila sebelum ni saya selalu akan kongsi cerita dengan dia..."Alhamdulilah hari ni ibu dapat banyak Sales, kawan ibu beli Omega Guard untuk kurus dan kulit cantik.Tapi masih banyak lagi point ibu kena kumpul."

Perkongsian tu masa mula-mula saya nak naik rank Supervisor.Saya suka cerita dengan anak-anak biar mereka tahu bukan senang perjalanan ibu nak share kebaikan produk.

Lama-lama saya dah tak sempat cerita sebab saya dah sibuk mengisi borang untuk restok produk dan packing untuk COD atau Poslaju.Alhamdulilah rezeki anak-anak,  kemudian masa isi form ni lah saya akan ajar Ayla macam mana nak beli barang Shaklee.

Kalau saya pergi ke branch Shaklee, Ayla akan ikut masuk tengok proses pembelian tu.Dia akan tanya satu-satu perkara sampai dia faham.Dari hal pembayaran sampai hal pemberian barang, kenapa kena sign kenapa kena tick kat kertas.So, saya akan terangkan apa sebabnya.Seronok sessi pembelajaran ni sebab suatu hari nanti dia akan praktikkan.

Kadang-kadang anak-anak akan ikut sekali kami pergi buat delivery.Sambil business sambil santai dengan anak-anak, family business la katakan.

Kemudian kalau di sekolah , Uzma dan Ayla akan promosi sekali produk dengan kawan-kawan dan cikgu.Kalau kawan-kawan nampak tak sihat je, mereka akan cadangkan belilah Shaklee dengan ibu.
Kalau nampak cikgu penat je, mereka akak cadangkan belilah vitamin dengan ibu biar cikgu cergas dan kuat. Kadang-kadang siap bawak pemplet pergi sekolah.Seronok kan?

Semalam saya ada ambil 3000 keping flyers, sampai rumah terus dia nak tolong lipat dan copkan nama ibunya.Semangat betul!


Contoh pemplet Shaklee dari Google

Lepas ni dia nak tolong saya edarkan pemplet, dia kata dia nak ibu dapat sales banyak biar dapat bonus besar.Bolehlah hantar dia pergi Tahfiz seperti kakak sulungnya.Kemudian ibu boleh kerja dari rumah sambil jaga adik-adik.In shaa Allah.

SubhanAllah..... terharu dan sebaknya saya bila dia kata begitu, rupanya Ayla memendam rasa nak ke Tahfiz juga.Maafkan ibu Ayla sebab masih tak berkemampuan menghantarmu sekarang.
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar business Shaklee ini benar-benar jadi.Aamiin.

Uzma dan Ayla memang sangat rapat dari kecil lagi sebab itu Ayla rasa sedih sangat bila dengar kakak Uzma akan pergi jauh dari dia.Saya mungkin takkan faham perasaan itu kerana saya tidak seperti mereka.



Semoga Allah memberkati business kami sekeluarga agar menjadi business keluarga yang diredhai Allah.








No comments:

Post a Comment