Thursday, December 25, 2014

Banjir di Kelantan

Doa agar banjir surut

MasyaAllah...itulah ungkapan yang mampu aku ucapkan selepas melihat berita tentang banjir besar di Kelantan.Menatap gambar-gambar yang dikirim melalui Whatsapp memang sangat menyedihkan.

Terus teringat kan seorang sahabat yang memang pulang bercuti di sana setiap kali cuti sekolah dan dapatkan khabar berita beliau.Alhamdulilah beliau sekeluarga selamat cuma ada beberapa harta benda yang tak dapat diselamatkan.

Pada pendapat beliau , tahun 2014 adalah rekod paling dashyat berbanding banjir sebelum-sebelum ini.

Banjir di Kelantan ini saya rasa paling besar selepas tahun 2007, walaupun saya bukan tinggal di pantai Timur tapi pengalaman mengalami rumah naik air kerana air pasang besar membuat saya sangat terpanggil nak mengikuti perkembangan banjir.

Sebagai rakyat Malaysia dan sesama Islam marilah kita sama-sama berdoa agar banjir cepat surut.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.


Buat mangsa banjir ku mohon kalian terus bersabar dengan dugaan ini. 

No comments:

Post a Comment