Friday, December 12, 2014

Apa itu FIT @KECERGASAN?

Salah satu kualiti dalam diri kita adalah tinggi atau rendah kecergasan itu dan jangan silap ya ....tak semua yang kurus itu mempunyai kecergasan yang tinggi.

Ini kerana, kita kena perlu tahu maksud sebenar kecergasan itu.

( Sumber : Google)

 Apa itu kecergasan?

Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan.

Bagaimana ingin tingkatkan kecergasan ?

Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian. Jumlah komponan kecergasan fizikal boleh dikenali/ketahui dengan 11 komponen. 5 daripadanya komponen berkaitan dengan kesihatan dan 6 lagi komponan berkaitan dengan kemahiran.

2.      Apakah perbezaan komponen kecergasan?

a) Ketahanan sistem jantung (Kecergasan Aerobik) 

Keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang     berterusan untuk jangkamasa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.

b)Komposisi badan

* Kekuatan otot 

* Ketahanan otot 

* Fleksibiliti

* Ketangkasan/ kelincahan

* Keseimbangan

* Kelajuan

* Masa reaksi

* Koordinasi

* Kepantasan/kecepatan

* Komponen yang utama dalam kecergasan fizikal ialah ketahanan sistem jantung dan komposisi badan.

Jadi, kita tanya diri kita adakah kita cukup cergas atau tidak?
Jika anda berjogging baru 10 langkah dah terasa mengah dan tak larat, ini bermakna istilah cergas adalah jauh dari kita.

Maka, perlulah untuk kita lakukan sesuatu seperti susun atur semula jadual kehidupan harian agar masa untuk bersenam itu ada dalam diari kita.

Bagi saya, saya sekarang dikatakan dalam proses ke arah kecergasan yang lebih baik kerana saya sempatkan diri untuk masuk program Group Training di bawah coach Muszafar bin Awang.

Beliau seorang personal coach yang bertanggungjawab melatih dalam Group Training di Scientex Gym, Taman Scientex Pasir Gudang.

Jika ada yang berminat, boleh hubungi beliau di nombor 016-770 4933.




No comments:

Post a Comment