Sumber Google...terima kasih Google ;)
Ikatan persahabatan yang erat kadangkala boleh retak hanya kerana salah faham. Ada beberapa cara yang boleh anda praktik supaya hubungan persahabatan tersebut berkekalan selamanya.
Jujur
Jujur adalah syarat utama dalam memelihara persahabatan. Dengan adanya kejujuran, anda dan kawan akan lebih memahami antara satu sama lain.
Mengatasi salah faham
Segala salah faham sebaiknya diselesaikan secepat mungkin. Jika dibiarkan, ia boleh berlarutan dan menjadi lebih teruk.
Meminta maaf
Tidak ada sesiapa pun yang sempurna di muka bumi ini. Jangan takut untuk meminta maaf jika anda berbuat kesalahan. Begitu juga sebaliknya, jika kawan anda melakukan kesalahan, maafkanlah dia dengan seikhlas hati anda.
Terima kasih
Selain meminta maaf, ringankan mulut anda untuk selalu berterima kasih. Ucapan terima kasih boleh menguatkan lagi hubungan persahabatan anda.
Saling membantu
Rahsia mengekalkan persahabatan ialah dengan saling membantu dalam hal yang positif. Jika anda sering membantunya, kawan anda juga akan melakukan hal yang sama.
Jangan berburuk sangka
Sikap mencurigai dan berburuk sangka terhadap kawan anda boleh memusnahkan hubungan persahabatan anda. Sebaiknya jika ada yang tak kena, anda perlu bertanyakan terus kepadanya.
Jangan sinis
Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, terima seadaya dan jangan bersikap sinis terhadap kawan anda. Lebih baik bersikap jujur dengannya demi persahabatan yang telah terbina sekian lama.
Menjaga rahsia kawan
Pasti anda juga tidak menyukai jika sesiapa membocorkan rahsia anda. Jadi, perkara ini sama sahaja. Menjaga rahsia kawan anda akan membuatkan kawan anda lebih mempercayai dan menghargai persahabatan tersebut.
Selalu ada
Anda perlu selalu ada bersamanya, tidak kira di waktu senangnya mahupun susah. Jadi, masing-masing boleh saling menasihati antara satu sama lain.
Saling menghargai
Jangan pernah mengongkong kawan anda, biarkan kebebasan ada di dalam hubungan persahabatan anda. Masing-masing akan jadi lebih menghargai di antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment