Tuesday, December 23, 2014

Orang makan nasi, dia makan kawan

Gambar dari hasil mengGoogle

4 Ciri Kawan Makan Kawan

1.Kawan jenis ini boleh dikategorikan sebagai tidak jujur. Anda boleh tengok sendiri apabila anda berada dalam keadaan senang, kawan jenis ini akan mengekori anda dan keluar dengan anda ke mana sahaja. Bahkan mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk anda. Mungkin sebagai contoh, duit. Kebanyakan di antara kawan makan kawan ini akan berkawan dengan anda kerana duit semata-mata.

2.Kawan jenis ini juga dikategorikan sebagai dengki dengan apa yang anda miliki. Mereka berasa tidak senang dengan apa yang anda miliki. Mereka akan bermuka-muka di hadapan anda dan di belakang anda mereka akan mengutuk atau mencaci di luar pengetahuan anda sendiri.

3.Kawan makan kawan suka menghasut. Mereka akan menghasut orang lain untuk membenci anda walaupun anda tidak melakukan kesalahan.

4.Tikam belakang kawan baik sendiri. Ini adalah ciri-ciri kawan makan kawan. Mereka sanggup memburukkan anda atau mungkin kekasih anda sendiri.


Sikap Yang Dibenci Kawan

Berikut adalah sikap yang dibenci kawan dan semestinya anda pernah mengalami situasi sebegini ataupun anda  mungkin adalah salah seorang kawan yang dibenci:


  • Tamak dan kedekut
  • Berlagak dan suka mengarah
  • Bohong dan mengumpat
  • Suka menonjolkan diri dan cakap besar
  • Over confident
  • Bersikap ‘plastik’
  • Talam dua muka atau hipokrit
  • Terlalu sensitif
  • Suka meninggi diri dan bercakap besar
  • Batu api
  • Suka merendahkan orang lain
  • Suka menipu dan memberi alasan
  • Jenis hangat-hangat tahi ayam
  • Panas baran
  • Suka mengungkit
  • Pengkhianat
  • Mengingkari janji

So, muhasabah diri bersama-sama untuk menjadi kawan yang baik kepada kawan kita.

Credit to:- http://www.wom.my/gaya-hidup/kawan-makan-kawan/

No comments:

Post a Comment