Sunday, November 2, 2014

Cabaran 30 hari - Squat untuk kaki lebih cantik


Yes! cabaran baru sudah dicipta lagi untuk hidupkan lagi cabaran kurus saya.Amboi...semangat betul dengarnya, bukan apa saja mencipta keseronokan kalau tak bosanlah kan hidup ni.

Sebelum ini saya selalu mencabar diri untuk dapatkan target sales dalam business Shaklee saja, tak pernah fikir untuk tambah "something" yang lain untuk cabar diri. 

So, cabaran baru ini adalah CABARAN 30 HARI BER SQUAT untuk dapatkan kaki lebih cantik (ala tak besar mana cabaran tu tapi nak konsisten tuuu).Harap berjalan dengan lancar walaupun mula-mula buat macam nak terduduk pun ada...sakit lutut sebab salah teknik.Mujur ada Omega guard dapatlah kurangkan sakit tu...hehehhehe

Jom tengok teknik squat ni macam mana....


Pertama, berdiri lurus. Kemudian rendahkan punggung anda ke bawah secara perlahan-lahan, dan bukannya lutut anda ke bawah (lutut sehingga bahagian bawah kaki sepatutnya tidak bergerak banyak, statik lebih baik). Sekiranya anda dapati otot hamstring (peha belakang) anda meregang, maka anda berjaya melakukan senaman ini dengan betul.

Sebelum itu pastikan warm up dan buat regangan sebab ditakuti otot-otot terperanjat.


Benefits squats :

1. Membentuk tubuh badan ideal
2. Membakar kalori
3. Keseimbangan badan (untuk kekuatan kaki)
4. Stamina (untuk jogging)
5. Mencantikkan bentuk punggung 


So, harapan saya dapatlah completekan cabaran 30 hari ini.In shaa Allah.


No comments:

Post a Comment