Sunday, November 16, 2014

Diet dan nutrisi buat kanak-kanak

Sejak mempunyai anak sendiri memang kita akan lebih banyak explore untuk mencari maklumat bagi menyediakan diet dan nutrisi yang cukup buat anak tercinta.

Menyediakan diet dan nutrisi untuk kanak-kanak adalah cabaran buat kita sebagai ibu bapa.Ini kerana kanak-kanak hari ini terdedah kepada pelbagai makanan "fast food" tidak seperti kita yang membesar pada era 80an.

Pihak pengiklanan memainkan peranan yang hebat dalam menawan hati kanak-kanak untuk mencuba makanan "fast food" yang nampak enak dan menyelerakan.

Kombinasi warna, ilustrasi serta pilihan karektor kartun kegemaran menjadi pilihan pengiklan makanan ini. Kebanyakkan makanan yang diiklankan ini mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan.

Jenis-jenis Makanan Utama:

1.Karbohidrat      
Karbohidrat merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaannya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidrat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang diproses dan juga makanan ringan.

Pilihan Karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayuran, roti, bijirin gandum penuh dan lain-lain lagi. 




2.Protein
Protien adalah penting kepada kanak-kanak. Namun protien perlu diberi dengan kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. 

Sumber protien yang baik adalah seperti telur, susu, ayam, keju, ikan, daging dan sebagainya.



3.Lemak
Lemak adalah komponen terpenting dalam diet mereka. Masalah hanya akan timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi nilai kalorinya.

Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 ( tuna, sardin, salmon, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, badam).   
Pengedar Shaklee


Pengurangan berat badan dikalangan kanak-kanak

Kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan tidak sepatutnya menjalani pengawalan pemakanan yang terlalu ketat. 


Apa saja langkah yang diambil perlu melibatkan keseluruhan ahli keluarga. Hal ini adalah perlu bagi menjaga emosi kanak-kanak terbabit disamping memberi motvasi untuk kanak-kanak ini lebih berdisiplin. 

Carta dibawah ini memberi sedikit gambaran untuk kita  mengenali keperluan harian mereka.





Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Sedikit panduan asas sebagai perkongsian bersama :-

1.Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku ·  

2.Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu ·    

3.Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat.


Cadangan Plan Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak: 

Pagi
* Secawan Cornflakess, kismis, badam & susu 

Tengahari 
* Nasi, ayam & sayuran 

Malam
*Roti Pita, fillet ikan dan sayuran untuk memastikan kanak-kanak mendapat keperluan makanan yang secukupnya, kita boleh sediakan ‘snack’ berkhasiat untuk mereka nikmati seperti buah, susu dan badam sesuai untuk mereka nikmati. 

Boleh juga merujuk lukisan piramid seperti di bawah untuk pembahagian zat mengikut keperluan kanak-kanak untuk membesar dengan sihat.
Pengedar Shaklee


No comments:

Post a Comment