Monday, November 3, 2014

Kenangan mengambil SPM

03.11.2014


Hari ini bermulah peperiksaan SPM 2014.Hermmm....peperiksaan yang paling ditakuti semasa sekolah dulu.Rasa macam tak nak amik je SPM sebab masa tu memang tak bersedia lagi untuk ambil SPM.(alasan je kan sebenarnya tak yakin pada diri sendiri itulah masalah yang sebenarnya)

Kenangan yang paling tak dilupakan masa amik exam SPM tu antaranya:-

1.Kena demam campak masa praktikal paper Kimia.Duduk dalam makmal sorang-sorang jawab paper.Masa jawab tu pulak kepala pening-pening ...jalan rasa tak jejak tanah dan tekak pahit maung.Badan gigil-gigil sampai nak tulis pun terketar-ketar.Dugaan betul, airmata macam nak mengalir je tapi tabahkan hati je la masa tu.pegawai yang jaga berapa kali tanyer "Noorfadzilah (nama penuh dia panggil tau) awak okay ke? ."
Mestilah saya jawab "Saya okay puan."
Dalam hati nak meraung "i'm not okay...nak balik rumah...nak baring...tak nak buat benda ni semua....".

2.Guna banyak kertas semasa jawab kertas bahasa Melayu.Teruja jawab soalan bahasa Melayu, idea mencurah-curah sampai cikgu yang jaga kami ni perli "awak ni nak buli saya ke asyik mintak kertas"...hahahhahaha...kesian cikgu tu.

"Maafla cikgu, saya punya otak tengah bagi idea banyak ni sayang kalau tak guna."selamba saya jawab dan tak sempat nak tengok muka cikgu tu.

Beliau balas balik..."Mesti dapat A1 awak ni sebab jawab berkeping-keping".Masin mulut cikgu tu.Alhamdulilah.

3.Tidur lepas jawab paper Add Math sebab mengalah dengan kesusahan soalan tu sampai kena marah dengan kawan sekelas.Dia baling kertas kat saya suruh bangun cuba jawab soalan tu sebelum mengalah dan tidur.Saya bangun pastu belek-belek soalan tu.....tarik nafas lapangkan kepala ....akhirnya dapat jugak jawab soalan2 tuu...terima kasih kawan kerana kau yakin aku boleh buat cuma kawan kau sorang ni stress dah tahap maksimum.

4.Blur tengok soalan Sejarah sebab semua tajuk yang saya baca tak masuk periksa.Dalam hati cakap "bala dah datang...padan muker aku pastu ayah pulak baru tanya masa hantar gi sekolah boleh ke jawab soalan sejarah ni...huhuuhu".

Sungguh bersalah rasanya dengan ayah so saya selawat banyak2....saya cuba ingatkan balik apa yang saya belajar dulu.

Mujurlah tips cikgu Saleha saya ikut, beliau pesan masa dia ajar tolong tengok beliau dan dengar apa yang beliau ajar.Ingatkan sekali baju apa yang beliau pakai kerana akan berguna bila jawab soalan nanti.

Ternyata benar belaka....bila pejam mata tu saya terbayang dan ingat baju dan warna cikgu pakai masa mengajar topik yang keluar periksa ni terus keluar satu persatu data.MasyaAllah.....syukur sangat dan saya dah boleh tersenyum masa keluar bilik periksa.

Itulah 4 perkara yang saya paling ingat sampai sekarang.Kalau ada peluang untuk ambil SPM lagi terus terang saya kata...TAK NAK!heheheh memang tak sanggup.


No comments:

Post a Comment