Monday, November 3, 2014

Pengalaman hamil 5 orang anak

Dari kiri atas...Nur Uzma...Nur Ayla...Kaiyisah Hanis Safiya memeluk Muhammad Dhiya Ulhaq...dan yang tersenget sikit posing tu Muhammad Umar Muallim.

Hamil adalah satu proses dan pengalaman yang seronok buat saya sebab kelima-lima orang anak memang berbeza perjalanannya.

Pengalaman hamil anak pertama adalah paling mencabar iaitu semasa hamilkan  Nur Uzma.Alahan sangat teruk tapi mujurlah masih terkawal.Saya memang tak boleh bau nasi dan bau masakan kalau tak memang akan muntah.Makan pun tak boleh memang loya rasa tekak.Masa ni tahun 2002 memang tak de lagi set hamil Shaklee.

So, saya hanya boleh makan roti dan minum air kosong saja sepanjang 3 bulan tu start dari disahkan hamil.Masa tu macam tak percaya yang saya ni tengah mengalami alahan mengandung.Memang tak boleh terima! Sebab saya jenis suka makan.

Lepas tu, saya memang asyik mengantuk je walaupun saya kurang makan.Leher pun menjadi gelap, muka tak berseri walau dah make up kemudian mudah nak menangis.Rasa macam payah benar nak hadapi semua tu.

Mujur kekanda i (suami) sabar melayan dan terima semua itu sebagai pengalaman baru.

Ayah Nur Uzma belikan buku berkaitan mengandung dan buku doa untuk saya dapatkan semangat kembali maklumlah dalam masa yang sama saya kehilangan kerja kerana hamil dan juga kehilangan ibu bapa mertua .

Kami sama-sama mencari kekuatan untuk hilangkan kesedihan.Dalam pemberian nikmat Allah ada juga ujian yang Allah turunkan buat kami untuk kami lebih dekat padaNYA.


Selepas pengalaman yang penuh dugaan itu, Allah berikan kesenangan buat saya untuk anak kedua hingga anak kelima.Tiada lagi alahan dan dugaan yang berat seperti semasa mengandung anak pertama dulu.

Alhamdulilah, Allah Maha Adil dan Maha Mengasihi.

Biarpun mengandung anak kelima saya disahkan kencing manis, namun segala urusan Allah permudahkan.

Pengajarannya, tabahlah hadapi ujian yang melanda kerana Allah pasti akan balas dengan seribu kemanisan yang tidak disangka-sangka.Kasih sayang dan perhatian suami memang sangat diperlukan ketika hadapi alahan semasa mengandung @hamil dan ianya mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan.







2 comments:

  1. Seronoknya Dila...pengalaman 5 kali mengandung ek. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah mama Yati....mcm2 rasa ader...hehehhe

      Delete