Assalammualaikum wbt dan salam kesihatan semua,
Sejak akhir-akhir ini kerap benar saya godeh pak google untuk cari info untuk bakar lemak dan menguruskan badan.Semangat hendak kurus meluap-luap maklumlah nak dapatkan hadiah special dari kekanda sayang.Semangat semangat semangat!!! (sambil lompat bintang...ye ye je kan)
Dalam godeh-godeh dan menggali maklumat dapatlah satu tips dari http://darkbatman.com/senaman-cardio-fat-burner/ tentang cara membakar lemak dengan jayanya semasa bersenam.
Ringkasnya.....
"Kardio yang dilakukan lebih daripada 20 minit akan membakar lemak tetapi dengan syarat tiada pengambilan karbohidrat dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan. Maknanya setiap kali melakukan cardio, anda perlu melakukan exercise lebih daripada 20 minit baru lemak nak hilang."
Maknanya, jangan ambil karbohidrat 4-5 jam sebelum senaman kardio.Contoh jika mula senam pukul 8.30 malam jadi stop ambil karbohidrat pada pukul 4.30 petang untuk pastikan lemak benar-benar hilang.
Confirm kempis perut sebab tak makan malam kalau last makan karbohidrat pukul 4.30 petang.
Masa ini lah kita boleh gantikan dengan serbuk protien sebagai Meal Replacement.Saya selalu ambil Cinch Shake Mix perisa Cafe Latee.Sedap dan mengenyangkan!
Masa ini lah kita boleh gantikan dengan serbuk protien sebagai Meal Replacement.Saya selalu ambil Cinch Shake Mix perisa Cafe Latee.Sedap dan mengenyangkan!
Untuk pengetahuan semua, senaman kardio adalah senaman yang mampu membuat jantung anda berdegup lebih laju berbanding biasa, dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa. Ini termasuklah jogging, berlari, bermain futsal, berenang, skipping dan berbasikal.
Harap info ini mampu menambahkan pengetahuan tentang cara menguruskan badan dengan betul.
No comments:
Post a Comment