Sunday, November 16, 2014

Adab ketika menjual

Assalammualaikum dan salam ukhwah semua,

Tadi saya dah post entry adab sebagai pembeli, sekarang saya nak share sikit adab-adab sebagai penjual.Ini sebagai panduan buat diri saya juga sebab saya berniaga online dan offline walaupun secara part time adab mesti full time ye.Selagi nyawa dikandung badan adab sopan adalah melambangkan akhlak seseorang.

1. Jujur
Ciri yang paling PENTING  adalah  peniaga atau sebuah perniagaan tidak akan menipu para pelanggan mereka. Mereka bercakap apa yang benar dan menyatakan kekurangan barangan jika ada, sebaliknya tidak menyembunyikannya.

Peniaga yang jujur juga menjual barangan yang baik-baik sahaja dan tidak menjual sesuatu yang sudah rosak atau sudah tidak boleh dipakai lagi tanpa pengetahuan pembeli. 

Umpama menjual buah, mereka sama-sekali tidak mencampur-adukkan dengan buah-buah yang buruk bersama dengan yang baik.



Bagi peniaga online pula, jangan post gambar lain tapi customer dapat kualiti berlainan dari dalam gambar.Tak baik macam tu dan pasti customer tak akan order lagi dengan anda.

2. Tidak mementingkan diri sendiri
Sebuah perniagaan yang baik bukan hanya mahu keuntungan semata-mata. Hakikatnya berniaga adalah salah satu cabang usaha yang mulia kerana ia memenuhi kehendak dan keperluan manusia. 

Tidaklah bermakna tidak perlu untung jika beretika, tetapi selain mendapat keuntungan, para pelanggan juga mendapat manfaat yang baik daripada barang yang dijual tersebut.kessimpulannya, agak-agak nak amik untung ya.Elok-elok berniaga itu sunnah dah jadi haram pula.

3. Menjual barang yang halal sahaja

Di dalam Islam, salah satu aspek yang diutamakan ialah barangan yang bermanfaat, bersih atau dalam bahasa yang mudah, bukan sesuatu yang membahayakan.Terutama yang jual makanan, jagalah kebersihan anda ketika memasak dan menyediakan makanan.Jangan ingat customer tak nampak so boleh  cincai sakan masa memasak.Allah Maha Melihat ya.

4.Lemah-lembut dan tidak sombong
Kita perlu ingat satu perkataan "Customer Always Right " dalam situasi apa pun kita kena redha dengan karenah pelanggan.Sebab apa? pelanggan ini Allah gerakkan hati dia untuk beli atau order barang dengan kita ada yang berniat nak support business kita.

Kalau ada kesilapan dari pihak pelanggan jangan mudah nak marah ,jangan mudah nak sentap apatahlagi untuk tinggikan suara.
Memang silap besar bila kita tinggikan suara dengan mereka sampai mereka akan terasa hati dan SERIK untuk berurusan dengan kita.Jadi, jangan salahkan rezeki kita mahal jika kita sendiri kurang adabnya.
Sibuk dan penat bagaimanapun cuba kawal diri dan emosi jangan ikut sedap hati je.Last-last siapa yang rugi? Tentulah kita.

Yang paling teruk bila ada bersikap mendabik dada, SOMBONG tahap dewa bila pelanggan yang selalu beli tiba-tiba senyap dan dia bercakap dalam hati "Tak matilah aku  kalau dia tak beli barang aku".
Nauzubillahiminzalik ...jauhkanlah saya dari perangai begini.

5.Pemaaf
Maafkan pembeli kalau mereka mungkir janji atau membuat kamu sakit hati atas kata-kata mereka yang komplen tentang barangan kamu.Anggaplah itu satu pengajaran dan peringatan kita di masa akan datang.Ingat, orang yang memafkan itu lebih mulia disisiNYA.


No comments:

Post a Comment