Untuk peniaga dan pembeli semua, terdapat adab-adab yang perlu kita semua jaga bagi memastikan suasana "win-win" dapat dicapai.Perkataan yang mudah di faham adalah dua-dua pihak mendapat perkhidmatan dan kepuasan.
Taknaklah ada istilah sakit hati walau dapat perkhidmatan tapi hati kat dalam sakit dan tersentap.Pasti business tu takkan berkembang mana pun kalau tiada adab-adab yang perlu dipatuhi.
Buat pembeli, apa yang kita PERLU buat bagi menjaga adab sebagai pembeli.
1. JANGAN BERI HARAPAN PALSU
Sebelum beli, tak perlu terus confirm dengan peniaga kalau rasa masih belum pasti nak beli ke tak.Beritahu peniaga saya nak survey harga dulu dan tengok bajet, jangan cakap...okay nanti hujung bulan saya akan beli tapi sampai masa diam je tak bagitau kat peniaga samada jadi ke tidak.Bila peniaga contact balik jadi ke tidak beli, terus senyap silap-silap terus unfriend pulak kalau kat FB la.Nanti kalau nak beli balik dah termalu pulakkan, so berhati-hati jangan beri harapan kat peniaga.
2. TEPATI JANJI
Selepas dah order, dah confirm kata nak bayar, terus la bayar. Jika rasa tak sempat nak buat payment pada waktu yang dijanjikan tu, inform peniaga.Selalunya peniaga akan faham tapi kena tengok juga syarat-syarat peniaga di mana mungkin dia akan tetapkan hanya 48 jam untuk menunggu anda.
3.MINTA MAAF KALAU BATALKAN ORDER
Jika tak jadi beli, perlu untuk kita minta maaf.Terutamanya kalau dah tanya macam-macam soalan.ini adab yang paling penting dan utama dalam urusan jual beli, peniaga pun manusia yang ada perasaan.Jangan diamkan saja, be gentle okay.
4.CEREWET ? JAUHKAN PERANGAI NI.
Cerewet itu boleh tapi jangan melampau sangat.Sampaikan saiz diameter butang pun nak tau berapa.Tanya setakat yang perlu.Dari elok2 peniaga nak lain baik-baik dah jadi tak ikhlas nanti.
5.SABAR
Jika ada peniaga yang buat hal contohnya mungkir janji hantar barang lewat ke atau salah hantar barang.Bersabar jangan cepat mudah naik darah.Cakap dan tanya elok-elok jangan guna CAPS LOCK pulak.Mungkin ada peniaga yang benar-benar ada masalah dia sendiri dan kalau betul peniaga itu tipu wajiblah buat aduan kepada pihak yang betul.
Semoga panduan ini mengingatkan kita dalam mengekalkan adab-adab dalam membeli.
No comments:
Post a Comment