Friday, November 14, 2014

Suamiku juga pemancing


Memancing menjadi hobi suami saya bermula pada tahun 2008 selepas 6 tahun mendirikan rumahtangga.
Mula-mula macam tak boleh terima  bila suami kata nak pergi memancing.Sebab saya akan ditinggalkan dengan anak-anak di rumah.Sedangkan saya takde aktiviti yang saya boleh buat di luar, ayat cemburu kan di situ sebenarnya.

Tapi lama-lama seronok bila tengok suami balik bawa hasil, teruja sangat kami anak beranak.Bila suami tak pergi memancing nanti saya yang akan tanya bila nak pergi mancing lagi.Suami senyum je sebab suami tak perlu nak fikir ayat apa yang sesuai untuk pujuk saya lepaskan suami pergi mancing...hehehehhe (nampak macam Queen Control kannn)

Ikan yang paling saya suka ialah ikan tebal pipi (mentang-mentang pipi bulat nak jugak suka ikan tebal pipi).
Kalau dapat ikan lain pun saya suka juga yang penting suami selamat kembali ke rumah dari memancing.

Kadang-kadang suami "rentung" juga takde bawak balik hasil, saya okay je tak marah pun sebab redha dengan rezeki Allah.Saya tahu suami mesti risau kalau balik takde ikan untuk disantap takut saya fikir suami pergi tempat lain.

Biasalah selalu pemancing ni ada dikaitkan dengan mancing benda lain selain ikan.Kita sebagai isteri ni tak boleh fikir bukan-bukan nanti jadi doa, so saya rasa lebih baik buang jauh-jauh sangkaan negatif tu.

Saya berharap suatu hari nanti bila anak-anak dah besar, bolehlah saya ikut suami memancing.Saya pun teringin juga nak memancing sebab masa kecik-kecik saya pun suka memancing.Maklumlah rumah saya bawahnya air laut, jadi geram lah tengok ikan ada kat bawah rumah.

Memancing ni sebenarnya salah satu aktiviti yang menguji kesabaran.Bagus tau! Dan boleh membakar kalori juga sebab kena berdiri lama...bangun dan duduk berkali-kali dan perlu banyak tenaga masa nak tarik ikan naik.

Apapun saya memang suka suami saya pergi memancing sebab dapat ikan fresh...yeay!!!
(padahal mula-mula dulu cukup tak suka...heheheh)




No comments:

Post a Comment