Thursday, November 13, 2014

Makanan membuang lemak

Pasti ramai yang nak tahu makanan apa yang dapat membantu menyahkan lemak dari badan kan? Sebab niat kita semua sama nak bebas dari lemak, makan yang berlemak pun suka kan....itu sayalah...hehhehe

Tapi, kalau kita makan makanan yang bakar lemak dan masih amalkan gaya pemakanan yang tidak sihat serupa tak payah kot.

Jadi, kita perlukan sinergi yang bagus untuk kuruskan badan dan buang lemak-lemak ni.

Jom tengok makanan mana yang boleh bantu kita buang lemak-lemak ni.

10 Makanan Yang Membakar Lemak



1. Oat

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap(sedap ke?) tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol.

Saya tak berapa gemar makan oat sebab rasa macam tak kenyang-kenyang jadi kalau saya rasa nak makan oat saya minum susu oat jenama BioGreen.Gambar seperti di bawah ya, boleh dibeli di Tesco,AEN Big dan Giant.


Pengedar Shaklee Pasir Gudang




2. Epal

Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting epal mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

Epal hijau memang bagus untuk kesihatan tapi saya memang kurang gemar kalau ada unsur masam-masam ni sebab saya akan jadi lapar.Saya beli jus epal hijau jenama Dee Zee  yang campur dengan madu dan minum sebelum tidur tapi sekarang jenama tu dah lenyap di muka bumi,sedih.

3. Telur
Pengedar Shaklee Pasir Gudang




Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .

4. Cili Hijau


Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

Ini memang feveret saya, kalau makan sambal goreng jawa tu memang saya makan sekali cili hijau.Siap buat pengumuman kat family siapa yang tak makn cili hijau sila bagi saya jangan buang.Mahal tau cili hijau ni.

5. Bawang putih




Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .

Saya boleh makan mentah-mentah bawang putih ni tapi kenalah gosok gigi lepas makan sebab ada bau kan.Better saya ambil Garlic Complex je lebih cepat dan selamat.

6. Madu


Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .Pastikan madu yang original ya! 

 7. Teh Hijau


Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita Boleh ambil 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

Selepas join Shaklee memang saya ambil Cinch@Energy Tea Mix untuk meningkatkan metabolisme badan yang dah terlalu slow akibat tiada gerakan yang dibuat.Teh terbaik yang pernah saya jumpa, bukan sebab saya dealer Shaklee tapi dari sudut hati pengamal teh hijau tegar Cinch@Energy tea Mix ni memanh sangat berkualiti tinggi sebab ada 3 jenis teh di dalamnya teh hijau,putih dan merah.
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Sejak kehabisan stok di Shaklee saya terpaksa ambil teh hijau keluaran BOH.Sementara nak tunggu ianya kembali bolehlah saya minum teh hijau Teh Boh ni.



8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS)


Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.


9. Tomato

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi ambil tomato dalam diet anda secara berkala.


10. Coklat Gelap
Pengedar Shaklee Pasir Gudang


Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.



Selamat mengamalkan memakan makanan yang boleh membakar lemak yang kita dah ternak selama ni.

No comments:

Post a Comment