Friday, November 7, 2014

HUKUM TARIKAN /LOA (Law of Attraction ) part 1

Selepas 35 tahun hidup kat dunia ni baru tahu ada kuasa tarikan atau Law of Attraction (LOA).

Jom mari kita semua belajar secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan Hukum Tarikan / LAW OF ATTRACTION (LOA).




* LOA adalah Hukum Fizik, sama seperti Hukum Graviti.

* Ia dipanggil ‘Tarikan’ kerana prinsip tarik menarik yang berlaku di dalam hukum ini.

* Teori Hukum Tarikan secara ringkas ialah......

1. Setiap manusia pasti berfikir setiap hari.

Kita mampu berfikir hingga 60,000 cetusan fikiran setiap hari (kajian sains)

2. Apa berlaku setiap kali manusia berfikir?

Otak kita akan mengeluarkan gelombang.

3. Gelombang apakah yang dikeluarkan? Ada 2 jenis iaitu :-


a. Gelombang positif
b. Gelombang negatif


4. Kemana gelombang ini pergi? 
    Ke angkasa dan persekitaran kita

5. Apa yg berlaku seterusnya? 

    Gelombang ini akan mencari tenaga-tenaga yang terdapat di       persekitaran kita, iaitu : tenaga yang mempunyai gelombang yang sama.

6. Mengapa ada tenaga di persekitaran kita? 

Memang terdapat banyak tenaga diseluruh alam semesta ini, manusia juga terdiri dari jutaan himpunan tenaga iaitu atom, seluruh alam semesta dan isinya terdiri dari struktur dan unsur atom (iaitu tenaga yang bergetar).

7. Apakah jenis tenaga yang dicari oleh gelombang dari otak kita? 

Ada 2 jenis iaitu:
a. Tenaga Positif
b. Tenaga Negatif

8.Gelombang positif dari otak akan mencari tenaga positif
   Gelombang negatif dari otak akan mencari tenaga negatif.

9. Selepas itu, tenaga ini akan ditarik oleh gelombang otak dan dihantar kepada pemancar gelombang tadi iaitu: manusia yang berfikir.

10. Hasilnya, setiap manusia akan mempunyai banyak tenaga didalam ‘belon aura’ mereka dan juga didalam realiti hidup mereka. ( *’belon aura akan diterangkan kemudian).

..............bersambung

No comments:

Post a Comment