Thursday, November 20, 2014

Jangan biar suami curang


Minggu ni hot cerita tentang pengakuan seorang suami yang berlaku curang dengan janda. Ramai yang bagi respon hangat membara dek kerana emosi.

Siapa yang tak marah kan bila suami curang alasannya kerana isteri busuk dan tak menarik lagi.Kesiannnnn ! Bukan pada isteri tapi pada sang suami.Nampak sangat tiada ciri-ciri kepimpinan dan keislaman dalam diri (wah...dah emosi ni...heheheh).

Kalau betul-betul suami tu nikah kerana Allah tentu suami akan cakap lembut-lembut dengan isteri berbincang tentang perkara yang tidak disenangi.Bukannya mengalihkan pandangan pada perempuan lain yang lebih cantik dan mantap.Cepat benar salahkan isteri tak tahu isteri tu berkorban masa untuk diri sendiri demi rumahtangga  dan anak-anak.Sedap-sedap je dia buat maksiat dengan perempuan lain.

Jadi, wahai isteri-isteri semua......jangan biarkan suami anda curang.

Tapi bagaimana? 

Ini ada sedikit tips yang saya dapat dari hasil perkongsian tips seorang "kakak" yang banyak pengalaman.Jom kita hayati bersama.....  

1.Berdoa adalah perkara utama kerana kita ni hamba kerdil yang nafasnya adalah milik Allah. Jadi mohonlah kepada Allah agar hati suami ditetapkan hanya pada kita seorang.Amalkan setiap kali sujud terakhir, maknanya kita mohon sungguh-sungguh.

2.Jaga penampilan diri agar kelihatan sama seperti sebelum bernikah dulu sebab kerana penampilan yang dulu itulah yang membuat suami jatuh cinta sampai nak bernikah kan?

Kalau body dah kembang sana sini tak seperti masa mula-mula kenal dulu, cepat-cepat ikhtiar untuk bagi slim balik atau solidkan balik badan bagi suami kita respect kat kita.

Tapiiii...kalau masa nikah dulu badan dah memang "comel" takperla....memang itu taste suami, hanya perlu maintain cantik dan bersih.No berkemban-kemban dalam rumah ya, pakai molek-molek dan solek bagi manis mata suami memandang.

Ada setengah isteri tu macam tak kisah dengan penampilan diri, sebab pada dia.... ala suami aku sayang aku tak kira gemuk ke kurus, comot ke ayu ke.

Okay, fine.Cuma satu nak cakap kalau dah terhantuk baru lah terasa sakit.Fikir-fikirlah.

3.Cantik luar dalam seperti bersihkan wajah dari jerawat dan tompok-tompok yang mencomotkan wajah serta mengetatkan balik kewanitaan kita.Banyak pilihan produk untuk diamalkan tak kiralah cara moden atau petua orang tua.Bila muka bersih pasti nampak lebih muda dari usia, suami mesti suka dan bangga.Siapa yang tak suka bila cium pipi istri yang halus mulus kan? Cuba kita letakkan diri sebagai suami, agak2 selera tak nak cium isteri yang berwajah comot? Tepuk dada tanyalah hati.....

4. Manjakan suami sehingga suami hari-hari ingatkan kita hingga rasa tak sabar nak balik rumah nak jumpa kita.Hingga satu masa akan terasa kehilangan kalau anda tiada walau hanya sehari je.

* Masakkan makanan kegemarannya
* Buat air yang disukai tanpa diminta
* Siapkan air mandian yang suam kalau cuaca sejuk
* Buat facial ke (ini kena ilmu sikit tapi carilah kat internet  cara buat facial di rumah)
* Suapkan makan sambil gurau-gurau manja
* Buat nota-nota kecil yang berunsurkan lawak 18sx (lelaki suka bab2 mcm ni)
* Sebelum tidur urut kaki dan badan sebab penat bekerja

5.Sokong suami dalam apa jua kegemarannya.Kalau boleh ambil bahagian sekali tentu suami suka sebab ada yang support dia.Tapi tengok keadaan juga contohnya.... kalau anak masih kecil nak ikut pergi memancing siapa pulak nak jaga anak kan....

Jika suami nak pergi dengan kawan-kawan biarkanlah....lelaki ni semakin kita sekat semakinlah suami nekad.Biar main tarik-tarik tali.Selalunya suami akan berterima kasih kalau kita bagi ruang untuk dia dan kawan-kawan.

Harapan saya, sama-samalah kita amalkan agar usaha hebat kita ini akan membuatkan suami tetap kasih dan sayang kan kita.

Aamin.





2 comments:

  1. Aamin..bila baca kisah Mah tu..mula2 memang emosi sgt..Tapi apa yg boleh kita belajar dari cerita tu, kena jaga penampilan diri luar dan dalam untuk suami.. cuba sebaik mungkin bagi yang terbaik untuknya. Kalau dia nak pilih yang lain jugak apa nak kata..kita dh buat yg terbaik..mungkin masa tu kita tak kan menyesal dah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kalau kita dah buat yg terbaik tp suami masih nak cari lain jugak kenala redha.tpai percayalah suami tetap akn kenang kita selama hayatnyer sbb dah menjaga dia sebaiknyer...in sha Allah...

      Delete