Monday, November 17, 2014

Kenapa perlu senyum ?

Hari ini saya suka cerita tentang KENAPA.....tadi kenapa perlu ambil vitamin C kali ini kenapa perlu senyum. 


Bukan apa, saya agak pelik melihat sesetengah orang yang suka masamkan muka.Tengok macam baby di atas tu, molek je dia senyum kita pun terikut  senyum sama sampai geram nak gomol-gomol je baby ni.


1.Dapat hilangkan stress.
Kadang kala kita rasa penat, sedih. Kalau kita senyum, kita dapat mengurangkan tekanan tersebut.


2. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Betul ke? Kalau macam ni, tak payah la pergi jumpa Doktor selalu. Senyum saja.

3. Menurunkan tekanan darah.


Tekanan darah lebih rendah apabila kita senyum. Tekanan darah kita berbeza sewaktu kita senyum dan tidak senyum. 

4. Awet muda.
Ini memang tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.

5. Wajah berseri
Senyuman adalah perhiasan batin yang dapat mengindah dan menyerlahkan perhiasan zahir yang sempurna.



6. Senyum adalah ubat.
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.

7. Mengubah perasaan.
Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan.

8. Riang.
Suasana akan jadi riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum.

9. Kelihatan sukses.
Akan terasa diri lebih berkeyakinan. Terutamanya ketika bertemu pelanggan atau menghadiri temuduga.

10. Berfikiran positif.
Mungkin sukar bagi kita untuk senyum ketika memikirkan perkara buruk. Jika kita senyum, tubuh akan terima isyarat bahawa 'hidup lebih baik'.

11. Menarik
Orang yang banyak senyum miliki daya penarik dan membuatkan orang sekeliling berasa senang. Contohnya jika kita ingin bertanyakan sesuatu pada seseorang, beranikah kita bertanya jika wajah orang tersebut masam mencuka? Jika terpaksa, apa boleh buat. Mungkin dengan senyuman kita, akan membuat si dia tersenyum sama.

12. Sedekah
Senyuman itu satu sedekah. Senyumlah selalu kerana ia tidak akan pernah merugikan kamu!!! Ia bukan sahaja menceriakandiri kita, bahkan orang yang berada di sekeliling kita.  

13. Tidak Sombong
Percaya atau tidak, kalau kita tersenyum membuatkan orang rasa kita tidak sombong dan mesra alam. Orang pun suka nak berkawan dengan kita. Cuba kalau kita sentiasa masam muka, mesti ada pra-sangka negatif orang terhadap diri kita kan? Nak tegur pun rasa takut.




No comments:

Post a Comment