Memang bagai satu mimpi ngeri lagi-lagi nak cari seluar dan baju kurung ready made.Tension tau.
So, saya carilah punca-punca peha besar di google....ada 4 punca sebenarnya iaitu :-
1) TERLALU BANYAK DUDUK
Tidak banyak bersenam dan bergerak boleh menyebabkan peha semakin berisi.
Bukan itu sahaja, terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk juga boleh memberi kesan yang ‘tidak cantik’ di bahagian peha.
Ini kerana, apa bila kita dalam posisi duduk peha akan semakin mengembang. Jadi, apabila tidak bergerak atau bersenam ia akan membuatkan lebih banyak lemak terkumpul di bahagian tersebut malah membuatkan peha menggelebeh dan tidak pejal.
2) SALAH PILIH JENIS SELUAR
Konsepnya sama seperti memakai ‘corset’. Lebih ketat lebih padat. Sama seperti seluar dan peha.Jika pakai seluar yang jenis memeri atau strectable seperti palazo, peha mempunyai peluang untuk terus mengembang dan berubah bentuk tanpa di sedari. Jadi, tidak hairanlah mengapa peha kita semakin besar dan melebar.
3) KETURUNAN
Cuba perhatikan bentuk badan ahli keluarga kita. Jika ibu atau ayah kita mengalami masalah yang sama itu tandanya kita mewarisi genatik peha besar.
Ini menunjukan peluang untuk kita miliki peha yang kurus agak tipis. Namun, jika di iringi dengan azam dan semangat yang kuat besar kemungkinan kita dapat kecapi apa yang di idamkan bukan?
4) BENTUK TUBUH
Jangan risau, memiliki peha yang besar tidak bermaksud kita memang gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan.
Sebenarnya, bentuk badan juga menentukan saiz peha milik kita. Contoh bentuk badan seperti buah pear atau potongan A.
Jadi ,bila dah tahu puncanya maka kita tahu apa yang sepatutnya kita lakukan contoh cari senaman yang bersesuaian seperti buat squat,berlari dan banyakkan berjalan.
Boleh juga cuba senaman seperti gambar di bawah untuk dapatkan kaki yang lebih seksi gitu.
Jom kawan-kawan!
No comments:
Post a Comment