Saturday, January 31, 2015

Best dapat bonus di tengah bulan

Bonus menarik

Siapa tak suka dapat duit tengah-tengah bulan kan? Maklumlah tengah bulan ni selalunya duit kat tangan memang lah ngam ngam je kena catu untuk sampaikan ke hujung bulan.( saya la tu orangnya...heheheh)

Saya fikir-fikir sampai bila nak jadi macam tu? Tak syokla kan, kalau ada kecemasan lagilah payah sebab nanti "ter"guna duit simpanan.

Jadi saya cuba cari alternatif dengan cara berniaga Shaklee, alhamdulilah bonus Shaklee dapat tengah-tengah bulan setiap 14hb. 

Kalau rajin memang dapat lebihlah bonus, kalau usaha suam-suam kuku maka suam jugaklah hasilnya.Hasil bonus tu bolehlah saya bahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu seperti bawa anak pergi jalan-jalan gembirakan anak-anak dah dapat pahala.

Jika saya tak berniaga Shaklee ni, mana nak dapat bonus tengah-tengah bulan kan? Memang saya duduk diam kat rumahlah jawabnya...heheheheh

Bagi anda yang ingin dapat atau nak rasa bonus tengah bulan ni, boleh hubungi saya tanpa segan silu ya.Tak rugi bertanya sebab saya suka share perkara baik macam ni.

Hubungi saya Noorfadzilah di 018-7944556.

SAYA TUNGGU ANDA!

*Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi (http://www.celiknutrisi.my), 
 BabyKawaiiStore (http://healthy.babykawaiistore.com).


Friday, January 30, 2015

Cinch Tea Mix untuk Lebih Bertenaga

Cinch Energy tea Mix

Jom tingkatkan tenaga anda dengan Cinch Energy Tea Mix Shaklee. 

Apa yang terkandung di dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee?
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa serta kesan luar biasa.

Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Namun anda perlu tahu, anda kena minum selepas anda mengambil makanan berat contoh lepas sarapan atau makan tengahari.Jika tidak kesannya akan jadi lain di mana badan anda akan mengigil kelaparan sebab metabolisme badan meningkat tapi tiada apa yang hendak dibakar.

KELEBIHAN MINUM BERTENAGA INI IALAH:-
1.Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
2.Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
3.Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
4.Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
5.Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
6.Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

*Cabaran Blogging bersama :-
 MyInfoVitamin (http://myinfovitamin.com), 
CahayaVitamin (http://www.cahayavitamin.com), 
VitaminKita (http://vitaminkita.net), 
MommaSihat (http://mommasihat.net).

Wednesday, January 28, 2015

Gajet dan manusia

Kehadiran gadjet dalam hidup kita dewasa ini memberi kesan baik dan buruk dalam kehidupan kita.Sebenarnya ia semua bergantung pada penggunaan kita juga, kalau baik maka jadilah baik dan begitulah sebaliknya.

Bagi saya, terus terang saya suka dengan gadjet ni sebab membuat kita lebih kreatif dan mempercepatkan kerja terutama dalam tujuan berniaga.Contoh, "smartphone" yang saya guna ni banyak application yang mudah untuk kita edit gambar dan boleh berkomunikasi dengan lebih cepat melalui Whatsapp atau Telegram.
Tapi saya pastikan masa saya bersama gadjt itu tidak menjejaskan waktu saya bersama keluarga.

Untuk anak-anak pula, saya agak kurang suka jika anak terlalu kerap menggunakan gadjet ni.Sebab apa?
Sebab saya jeles masa saya kecik dulu takde gadjet-gadjet semua ni.Eh taklah....gurau je.
Sebenarnya saya lebih suka anak saya bermain dengan mainan yang lebih menguji fizikal dan mental dan bercampur dengan kawan-kawan.

Jika dah tekun mengadap gadjet dalam bilik mana nak bercampur dengan orang.Mesti kena berkawan barulah ada skill komunikasi dan juga kenal alam sekeliling.Saya akan cuba kawal masa penggunaan mereka sebab tanpa dikawal memang parahlah nanti.

Jadi, kewujudan gadjet ni memang bagus sebenarnya cuma kita yang perlu "buat" gadjet itu jadi baik bukan sebaliknya.


 *Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma (http://www.genkimomma.my), MinAinaIlaAina (http://minaina-ilaaina.blogspot.com), MamaOlin (http://mamaolin.blogspot.com), VitaMoon (http://vitamoon.blogspot.com) dan BabyKawaiiStore (http://healthy.babykawaiistore.com).


Tuesday, January 27, 2015

Manfaat kolagen dalam Vitamin C

Kolagen dan vitamin C


Jom baca manfaat kolagen dalam Vitamin C untuk wajah yang lebih muda.

Sebelum ni mesti ramai pernah dengar kalau nak putih gebu gebas kenalah makan vitamin C atau buat facial Vitamin C, sebab sebelum tu serbuk kolagen belum popular.

Tapi kenapa kena ambil Vitamin C untuk cerahkan wajah?
Sebab vitamin C meransang pembentukan kolagen.Kolagen merupakan salah satu protein yang terdapat dalam tubuh kita. 

Manfaat kolagen untuk tubuh ialah:-

1.Dapat membuat kulit lebih tegang .
2.Mengurangkan garis-garis kedut.
3.Dapat mencegah penuaan .
4.Dapat menjaga kelastikan kulit dan lebih anjal.
5.Menjaga kulit tetap sihat, cerah dan mulus.
6.Menguatkan kuku dan memperbaiki struktur rambut.

Oleh kerana itu, sesiapa yang mengamalkan makan Vitamin C secara istiqomah, kulit wajah akan lebih cerah , tegang dan anjal malah lebih nampak muda.

Untuk anda yang teruja nak ambil Vitamin C Shaklee untuk mengatasi masalah kulit wajah anda, boleh hubungi saya :-

Noorfadzilah binti A Aziz
ID:1134196
H/P :018-7944556
Penghantaran seluruh Malaysia
COD:Pasir Gudang & Masai


*Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma (http://genkimomma.my), CahayaVitamin (http://www.cahayavitamin.com), VitaminKita (http://vitaminkita.net), MommaSihat (http://mommasihat.net) dan Celik Nutrisi (http://www.celiknutrisi.my).

Monday, January 26, 2015

Kampungku Yang Dirindu

Assalammualaikum dan salam kasih sayang semua,

Entah kenapa tiba-tiba rasa rindu kat kampung meluap-luap pula.Saya anak kampung yang dilahirkan di Kampong Baru Mukim 7 Parit Yaani, Johor.Saya memang dilahirkan di rumah arwah Nyaie (nenek) dan arwah Ya'ie (datuk) sebab mak saya tidak pergi ke hospital.

Inilah tangga rumah kelahiran saya.Jejaka tampan ini adik kedua saya bergambar kenangan semasa raya tahun 2006 tak silap.

Saya rindu nak main pondok-pondok di kebun, saya rindu nak mandi parit , saya rindu nak panjat pokok rambutan dan manggis.Saya rindu nak makan durian dan saya rindu kawan sekampung saya.Berbasikal kesana kemari tanpa penat seawal 9 pagi dah mula ligat.Saya sempat bersekolah di sekolah Sri Idaman selama beberapa bulan saja dan kawan-kawan saya kebanyakkan lelaki sebab hanya mereka yang duduk dekat dengan rumah arwah Nyaie saya dan sifat tomboy saya masa kecil dulu buatkan saya serasi berkawan dengan mereka terutama dengan anak cik Salleh iaitu Along.Dia seorang kawan yang sangat setia sebab setiap kali pergi sekolah mesti tunggu depan rumah dan kami bersaing dan paling terharu dialah selalu yang betulkan rantai basikal saya.Apa khabar dia agaknya sekarang?



Perjalanan dari Pasir Gudang ke Kampong Baru Mukim 7 menaiki kereta hanya memakan masa 1 jam 30 minit sahaja melalui highway.Jika lalu luar mungkin dalam 2 jam perjalanan lamanya.Tapi zaman dulu kala saya pernah juga naik bas dan rasa labih seronok sebab kami naik bas secara berjemaah.Cuma sampai pekan Parit Yaani tu kami kena naik kenderaan sewa atau minta tolong saudara mara untuk mengambil kami.




Cantikkan masjid Kampong Baru ni.Belakang masjid ini bersemadinya arwah nenek dan datuk saya.
Al Fatihah buat keduanya yang saya rindui.Rumah kenangan itu dah disewakan dan suatu hari nanti saya harap ada saudara mara saya yang dapat duduk di sana so bila raya nanti boleh singgah.Mana tau kalau emak dan ayah saya nak duduk sana mesti happening rumah tu nanti seperti dulu-dulu.


*Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma (http://genkimomma.my), EmakSkema (http://www.emakskema.com) dan MyInfoVitamin (http://myinfovitamin.com).

Anak jual coklat lolipop


resepi coklat

Coklat memang sedap dan sangat digemari ramai termasuk anak-anak saya.Setiap kali keluar belanja barang dapur pasti terselit coklat ,tiba-tiba je dah ada dalam troli.Suami saya senyum je la sebab dah ada kat kaunter, so bayar je lah.....heheheh.Itukan salah satu amal jariah untuk anak-anak, bila anak gembira kita pun dapat pahala kan?

Oleh kerana sangat suka dengan coklat, anak saya suruh saya belajar buat coklat.Bila anak dah minta, tak sampai hati nak hampakan anak-anak.So, saya pergilah bertapa depan PC geledah Pak Google untuk cari resepi buat Coklat Lolipop.Laaaa...senang je rupanya buat coklat Lolipop ni, bukan susah pun.Anak saya pun dah boleh buat, alhamdulilah anak-anak diberi hati yang terang dan mudah terima pelajaran baru.Cewah...padahal memang kalau dah suka buat apa senang je masuk kepala.

Tapi bila mereka bawa ke sekolah, kawan-kawan mereka suruh jual pula.Saya dah pening kepala dah, kenalah adjust masa balik.Setiap hari anak saya akan bawak 40 bungkus hingga 50 bungkus dan jangan terperanjat....IANYA LAKU KERAS tau.

Alhamdulilah......duit hasil jualan tu memang masuk tabung anak-anak.Mereka seronok walaupun penat untuk siapkan coklat lolipop tersebut dan sekarang mereka sendiri sedar bukan mudah nak cari duit.Setiap nilai duit yang keluar mereka sudah tahu harganya, jadi bila kami kata bukan senang cari duit mereka dah faham.


Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi (http://www.celiknutrisi.my), MinAinaIlaAina (http://minaina-ilaaina.blogspot.com), MamaOlin (http://mamaolin.blogspot.com), VitaMoon (http://vitamoon.blogspot.com) dan BabyKawaiiStore (http://healthy.babykawaiistore.com).

Kolestrol dan makanan

Berhenti makan kolestrol tinggi

Penyakit stroke dan serangan jantung memang sangat berbahaya dan saya rasa umum pun dah ketahui yang penyakit ini sudah pun melanda orang muda dan bukan sahaja warga emas.

Untuk mencegah penyakit ini, maka makanan yang mengandung kolesterol jahat atau LDL (Low density lipoprotein) dalam jumlah yang tinggi perlu  dihindari.

Di bawah ini ada beberapa jenis makanan berkolesterol tinggi yang harus dielakkan untuk menjaga tubuh tetap dalam keadaan sihat.

1.Kuning Telur (ayam, itik, puyuh). 
Bagian kuning telurnya mengandung kadar kolesterol yang sangat tinggi. Pada ukuran normal, sebuah kuning telur mengandung 213 mg kolesterol.

2.Fast food (1 burger keju mengandung 175 mg kolesterol). Ini belum termasuk jika ditambah kentang goreng, ayam goreng, atau donat.

3.Makaroni keju.

4.Aiskrim. Kandungan lemak dalam aiskrim lebih tinggi dari hamburger dan donat.

5.Muffin kerana kandungan dalam muffin yang membuatnya tinggi kolesterol seperti telur,butter dan gula.

6.Seafood. Jenis yang LDL nya tinggi adalah cumi-cumi, lobster, udang, dan kerang.

7.Ayam goreng. Minyak untuk menggorengnya yang membuat ayam goreng memiliki tingkat kolesterol cukup tinggi.

8.Snack  yang mengandung lemak trans, misalnya kerepek kentang, biskut raya, dan biskut kraker.

Memang susah nak menghalang nafsu dari berkata tidak pada makanan di atas. Tapi demi kesihatan diri dan orang yang tersayang, perlulah kita mengambil langkah bijak dalam menjaga kesihatan.

Sumber :
http://sidomi.com/104324/10-jenis-makanan-kolesterol-tinggi-yang-harus-dihindari/
Everydayhealth

*Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma (http://genkimomma.my), CahayaVitamin (http://www.cahayavitamin.com), VitaminKita (http://vitaminkita.net), MommaSihat (http://mommasihat.net) dan MiracleVitaminss (http://www.miraclevitaminss.com).

SET "AWET MUDA" SHAKLEE

Ramai antara kita yang teringin nak mempunyai kulit yang sihat,cantik dan mulus.Bila kulit muka dah cantik boleh keluar rumah TANPA SEBARANG MAKE-UP.Jadi masa kita semakin singkat kan? Takdelah nak dok depan cermin berjam-jam , marah pulak cik abang...heheheh

Bagi anda yang ingin mengatasi kulit seperti berjerawat,kusam dan tidak berseri, saya sarankan anda mengambil SET D iaitu set Awet Muda Shaklee ini untuk kulit lebih sihat,cantik dan mulus.


Set D Kulit Cantik


1.VITA-E COMPLEX : 
Melambatkan proses penuaan (kata nak awet muda), mengurangkan kesan parut dan jeragat serta mengawal penghasilan minyak di dalam liang kulit kita.

2.B-COMPLEX :
 Membaiki peredaran darah, menstabilkan hormon (terutamanya untuk yang kerap mengalami masalah jerawat) serta meratakan warna kulit. Menampakkan kulit lebih segar dan bermaya serta berseri-seri.

3.VITAMIN C : 
Membantu mengekalkan kekenyalan kulit melalui penghasilan kolagen. Memberi tenaga yang optimum kepada kulit supaya lebih tegang dan gebu.

4.GLA Complex
mengurangkan jeragat dan  mengurangkan penuaan.

Bagi yang sedang atau akan mengambil supplemen SET D ini, digalakkan sangat minum air 3 liter sehari agar penyerapan vitamin akan lebih berkesan.

DOA KECANTIKKAN WAJAH
Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi.

Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

*Cabaran Blogging bersama EmakSkema (http://www.emakskema.com), KeluargaSihatCeria (http://www.keluargasihatceria.com), RatuNutrisi (http://www.ratunutrisi.com), dan MyInfoVitamin (http://myinfovitamin.com).

Sunday, January 25, 2015

Apa itu makanan segera?

Makan mudah disiapkan

Makanan segera atau dalam bahasa penjajah ialah "fast food".Ia merujuk kepada makanan yang mudah diperolehi dan cepat disediakan.

Bermula di Amerika Syarikat dalam tahun 1950an dan ia sangat popular sehingga kini merebak ke seluruh negara.Makanan segera ini merangkumi makanan yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terlebih dahulu dan dihidangkan kepada pelanggan dalam bentuk bungkusan.

Bilangan restoren makanan segera semakin hari semakin bertambah bak "cendawan tumbuh selepas hujan".Pelbagai jenama syarikat makanan segera yang terkenal khususnya dari luar negara.

Promosinya pula sangatlah meluas di pasaran melalui televisyen, radio , akhbar harian, majalah dan internet.
Pelbagai tarikan yang dibuat termasuk hadiah untuk kanak-kanak dan ibu bapa yang pada mulanya berkata "tidak" pada makanan segera tapi setelah didesak anak maka terpaksa beli juga.

Majoriti wanita Malaysia yang bekerjaya yang sentiasa pulang malam akan membeli makanan segera untuk dihidangkan kepada keluarga.Makanan segera juga menyediakan pelbagai menu jadi orang ramai banyak pilihan dan tidak jemu.

Namun dalam kepelbagaian menu dan rasa yang sedap, makanan segera sebenarnya mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan.Contohnya...kolestrol tinggi, obesiti, darah tinggi dan sakit jantung.

Selain itu, ia menggalakkan sikap boros kerana makanan segera ini mahal harganya.kadang-kadang seketul ayam goreng boleh mencapai harga RM7.00 seketul.Mahal tu......

Jadinya, saya rasa tak perlulah diamalkan makanan segera ini kerana ianya mendatangkan banyak keburukan bukan kebaikan.

*Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi (http://www.celiknutrisi.my ,MinAinaIlaAina (http://minaina-ilaaina.blogspot.com), MamaOlin (http://mamaolin.blogspot.com), VitaMoon (http://vitamoon.blogspot.com) dan BabyKawaiiStore (http://healthy.babykawaiistore.com).


Alfalfa gagalkan suntikan perancang

Terperanjat tak tengok tajuk di atas tu? 
Mesti ada yang terperanjat sebab memang pernah terjadi .Ianya berlaku pada diri saya sendiri.
Tapi....ada tapi nya ye.....saya bukan makan Alfalfa keluaran Shaklee tapi saya "minum susu Alxxx Lxxxx " yang mengandungi Alfalfa di dalamnya.


Inilah suntikan yang saya ambil setiap 2 bulan sekali untuk mengelakkan berlaku kehamilan selepas melahirkan 4 orang anak.

Kehamilan berlaku kerana ada sedikit unsur estrogen di dalamnya lalu menggagalkan misi saya.Apapun semuanya itu dengan izin Allah juga.

Mula-mula saya rasa sedih juga sebab rancangan saya tak berjaya namun lama-lama saya sedar saya hanya seorang hamba dan siapalah saya untuk menolak takdirnya.Tujuan saya minum alfalfa tu kerana saya nak kuruskan badan dan saya berjaya turun 20kg.Baru nak merasa badan slim tiba-tiba kena gemuk balik....hehehhehe

Friday, January 23, 2015

Gagal dapat kerja kerana rabun warna

gagal dapat kerja kerana rabun warna

Saya pernah dengar cerita dari emak saya tentang salah seorang sepupu lelaki saya yang gagal dapat kerja kerana beliau rabun warna.Sepupu saya sendiri baru tahu dia rabun warna masa ujian warna diadakan.Kesian dia, tapi apakan daya memang bukan rezeki dia kerja di syarikat besar tu.

Penyakit rabun warna ini berbeza dengan buta warna kerana buta warna lebih teruk disebabkan keupayaan mata yang hanya boleh melihat warna kelabu sahaja. Manakala rabun warna hanya membabitkan warna merah, biru dan hijau. 

Ketidakupayaan mata untuk membezakan ketiga-tiga warna ini boleh menjejaskan kehidupan seharian seseorang terutama dalam hal memandu disebabkan di seluruh dunia menggunakan ketiga-tiga warna ini untuk ciri-ciri keselamatan.


PUNCA RABUN WARNA IALAH:-

1.Keturunan
Penyakit ini diturunkan daripada ibu kepada anak lelakinya. Wanita dikatakan bertuah kerana mempunyai unsur baka yang boleh mengatasi masalah ini berbanding lelaki. Tahap masalah rabun warna ini juga tidak berubah dengan peningkatan umur. 

2.Penyakit mata 
Apabila seseorang itu menghidap penyakit mata yang tertentu kebarangkalian untuk menjadi rabun warna adalah tinggi. Ini kerana bahagian retina mata sudah terjejas. 

3.Gangguan saraf optik
Saraf optik pada bahagian mata yang terganggu sehingga menyebabkan kerengsaan seterusnya boleh menyebabkan masalah rabun warna. 

4.Kurang zat
Seseorang yang kekurangan zat seperti Vitamin A juga boleh menjadi sukar mengenal pasti warna.

5.Sakit sebelah mata
Orang yang menghidap penyakit pada sebelah mata boleh menjadi rabun warna kerana keupayaan mata yang berbeza pada sebelah mata yang lain. Justeru, warna yang ditafsirkan pada kedua-dua mata adalah berlainan sehingga menyebabkan warna yang dilihat adalah berbeza daripada yang normal. 

6.Kesan ubat
Individu yang mengambil ubat secara berterusan seperti tamozifen (untuk sakit barah payu dara) juga boleh menjadi rabun warna disebabkan oleh kesan ubat tersebut pada saraf bahagian mata. 

Walau tiada rawatan khusus untuk pesakit rabun warna ini, dicadangkan untuk mereka mengambil Carotomax iaitu supplemen yang membekalkan vitamin A untuk menjaga kesihatan mata.
Bagi yang ingin mendapatkan produk di atas, boleh hubungi saya rakan Shaklee anda:-

Noorfadzilah binti A Aziz
ID:1134196
H/P :018-7944556
Penghantaran seluruh Malaysia.

Bestnya melancong!

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.
Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.
Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambi berhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.
Melancong

Bestnya melancong
Inilah antara gambar kenangan kami pergi jalan-jalan melancong tempat orang sambil hiburkan hati.

Namun kami sekeluarga belum lagi dapat melancong ke luar negara bersama-sama.Belum ada rezeki lagi untuk kami sama-sama ke luar negara dan lagipun saya tak berani nak naik kapal terbang berjam-jam lamanya.

Melancong ni memang banyak faedahnya selain dari dapat kenal tempat orang.Selain itu, antara kebaikan melancong ialah:-

1.Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama kita.

2.Memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan sebagainya.

3.Semestinya mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan fikiran .

Jadi marilah sama-sama kita jadikan melancong ini sebagai salah satu aktiviti keluarga yang wajib kita buat.Tak dapat buat setiap bulan, buatlah setahun sekali.

Keluarga saya memang setiap bulan akan ke luar pergi berjalan-jalan.Memang kami sediakan bajet untuk melancong sebab pada kami ini adalah salah satu amal jariah untuk anak-anak kami.Tak kisahlah kalau kami kena ikat perut sebab kami yakin rezeki anak-anak tetap ada.Apa yang penting bagi kami adalah...anak-anak gembira!

Apa punca sakit pinggang ketika hamil?


Sumber:Google
Memang agak tak selesa bila datangnya sakit pinggang lagi-lagi ketika hamil 25 minggu ke atas, aduhai terbatas sungguh pergerakan ibu hamil.

Berat mata memandang berat lagi ibu yang menanggungnya.Teringat pengalaman sendiri, bila kandungan masuk  24 minggu pinggang saya dah mula sakit sebab anak saya besar.

Masa nak bangun dari duduk memanglah payah, siap pegang kawan lagi.Paling susah masa nak bangun tidur , payah hingga saya kena tidur kat "sofa bed" biar senang saya nak bangkit.

Genap 9 bulan lagilah kena tabah, Allah je tahu perasaan saya masa tu rasa nak cepat-cepat bersalin mana taknya anak dikandung dah 4kg lebih.saya pernah tidur dalam keadaan duduk, bayangkan.......hehehehhe itu semua dah jadi kenangan.

Punca sakit pinggang ketika hamil ni sebenarnya......

1. Perubahan postur badan
Perubahan postur melibatkan pengalihan pusat graviti badan lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang badan ibu yang hamil.

2. Penambahan berat badan
Penambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit belakang menjadi teruk dan pembesaran bayi dalam kandungan juga boleh menekan urat saraf yang menyebabkan sakit belakang.

3. Perubahan hormon
Rembesan hormon yang dipanggil "relaxin" ketika mengandung melonggarkan ligamen sendi pada bahagian pelvis dan tulang belakang bertujuan memudahkan proses bersalin yang meningkatkan risiko sakit belakang.

4. Keletihan otot
Posisi duduk, baring dan berjalan yang tidak betul menyebabkan otot-otot menjadi letih dan seterusnya mengakibatkan sakit belakang.


Thursday, January 22, 2015

NASI AYAM makanan kegemaranku

Nasi ayam lazat
Gambar ihsan dari http://firzarecipe.blogspot.com (tq!)

Simple je makanan kegemaran saya kan? Saya memang suka sangat nasi ayam sebab pada saya ianya dah cukup semuanya sebab ada karbohidrat (nasi) , protien (ayam ) , sayur , buah , sambal , kuah kicap dan juga kicap.

Nasi ayam paling sedap saya pernah makan ialah masa saya belajar di Bandar Baru Salak Tinggi,Sepang, Selangor.Berbaloi dengan harga nasi ayam masa tu baru RM2.00 (tahun 1997) , murah dan banyak pulak tu memang tersandar kekenyanganla saya lepas makan.

Lagi satu , kalori sepinggan nasi ayam cuma 278 kalori sahaja.Untuk membakar kalori sebanyak itu kita boleh berjoging selama 30 minit atau berbasikal selama 45 minit.

Di sini saya nak kongsikan resepi nasi ayam yang saya pernah cuba dan rasanya memang sedap.Jom cuba!

Sup Ayam(direbus)
1 ekor ayam dipotong 12
2 ulas bawang putih
2 cm halia 
1 bungkus sup bunjut 
1 biji bawang besar, dihiris 
1 sudu besar perasa knor sedikit garam 

Untuk Sup 
Lebihan air rebusan ayam 
1 biji bawang besar kisar 
3 biji ubi kentang, dipotong 4 
garam 
daun sup  
daun bawang yang dihiris. 

Untuk Perap Ayam
Ayam yang direbus 
1 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar kicap masin 
1 sudu kecil lada sulah 
1 sudu kecil lada hitam 
1 sudu besar madu 

Untuk Sos Kicap 
Lebihan air rebusan ayam 
1 sudu besar kicap manis .
1 sudu besar kicap masin 
1 sudu kecil lada sulah 
1 sudu kecil lada hitam 
1 sudu kecil madu 

Untuk nasi 
5 cawan beras 
3 sudu besar butter 
1 cm halia, ditumbuk 
4 ulas bawang putih , ditumbuk 
air rebusan ayam tadi secukupnya sedikit garam. 

Bahan sos cili 
5 biji cili merah 
5 ulas bawang putih 
1 sudu teh cuka, garam, gula 
1/2 cawan air 

Cara-cara ....
Ayam dibersihkan dan direbus seperti ramuan sup ayam di atas sehingga ayam separuh empuk. 
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15 min. 
Bakar ayam dalam oven selama 20 min. 
Basuh beras dan toskan. 
Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. 
Masak seperti biasa.

Untuk sos, kisarkan semua bahan diatas. Dimasak selama 5 min. 
Untuk sup, air rebusan ayam didihkan bersama ubi kentang, bawang besar, garam, daun bawang dan daun sup tadi. 
Sos kicap boleh di gunakan air dari ayam yang diperap tadi atau di buat semula seperti sos kicap di atas. 






7 Tips mudah menjaga tulang

Kesihatan tulang adalah salah satu perkara yang kita perlu titik beratkan kerana  tulang memainkan peranan dalam pergerakan kita seharian.

Seiring bertambahnya usia seseorang, maka begitu juga pada kesihatan tulang kita. Salah satu masalah kesihatan tulang yang mungkin tidak asing bagi kita iaitu osteoporosis.

Osteoporosis merupakan berkurangnya kepadatan pada tulang dan dapat mengakibatkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. 

Berikut ini 7 tips mudah untuk kita menjaga tulang tetap sehat : 

1. Jauhkan dari minum minuman yang dapat mengakibatkan kandungan kalsium pada tulang berkurang. Salah satu minuman yang dimaksud iaitu minuman yang bersoda .

2.Mengambil Vitamin D kerana ianya  sangat diperlukan untuk menjaga kesihatan tulang . Vitamin D ini dapat anda peroleh dari sayur-sayuran yang bewarna hijau serta brokoli.

3.Minum susu merupakan salah satu tips mudah menjaga kesehatan tulang anda. Ini kerana kandungan susu yang sangat diperlukan  oleh tulang kita seperti kalsium, vitamin D, protein, fosfor serta kalium.

3.Berolahraga seperti berjalan atau berlari di pagi hari merupakan salah satu kegiatan yang dapat kita lakukan untuk menjaga kesihatan tulang . Ini kerana berolahraga dapat menguatkan semua otot dan tulang selain dapat mengurangkan stress.

4.Tinggalkan tabiat merokok dan minuman beralkohol kerana aktiviti itu mampu  menurunkan massa tulang kita.

5.Dapatkan sinar matahari merupakan salah satu sumber vitamin D untuk kebutuhan tulang anda. Berjemur pada sinar matahari di pagi hari selama kurang lebih 15 minit dapat membantu mengaktifkan provitamin D menjadi vitamin D pada kulit.

6.Makan bawang merah dan bawang  putih merupakan salah tips yang dapat kita lakukan untuk menjaga kesihatan tulang . Ini kerana kedua-dua bahan masak tersebut banyak mengandung zat belerang yang sangat diperlukan untuk kesihatan tulang.

7.Untuk cara yang lebih mudah menjaga kesihatan tulang bagi kita yang sentiasa mengejar masa seperti saya, saya cadangkan ambillah supplemen Shaklee iaitu Ostematrix (Sumber kalsium + Magnesium + Vitamin D )dan Garlic ( Bawang putih).

Bagi mendapatkan kedua-dua produk ini, anda boleh hubungi saya rakan Shaklee anda:-
Noorfadzilah binti A Aziz
ID:1134196
H/P NO.018.7944556
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA
Ostematrix
Garlic Complex



Kehebatan Qailulah @ tidur siang

Qailulah

Mari kita sama-sama baca apakah kehebatan Qailulah atau tidur sebentar di siang hari .

Maksud Hadis:
Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk  Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

1.Mengikut kajian, 1 MINIT Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 MINIT waktu tidur kita di waktu malam.


   Maksudnya KUALITI TIDUR
1 minit siang = 45 minit malam


Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara MAJU barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh.
Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga.

Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Hebatkan khasiat tidur siang @ Qailulah ini ?
Rugi jika kita tidak melakukannya.In sha Allah, selamat beramal.

Taman Tema Air Terbesar di Johor Bakal Dibuka 2015

Sumber: Laman Facebook “Johor Darul Takzim FC”

Selepas pembukaan Legoland, satu lagi pusat riadah yang berkonsepkan taman tema air bakal dibuka di Johor Bahru pada tahun 2015. 

Taman tema air ini dijangka menjadi taman tema air yang terbesar di Johor dan bakal dibuka kepada umum pada pertengahan tahun 2015.

Menurut sumber daripada laman Facebook “Johor Darul Takzim FC”, nama tidak rasmi bagi taman tema air tersebut adalah Austin Water World Theme Park dan lokasinya adalah di Taman Mount Austin, Johor Bahru.Lokasinya tidak jauh dari kediaman rumah saya hanya 20 minit sahaja.

Selepas berita mengenai satu lagi taman tema air yang bakal dibuka di Johor ini, rata-rata rakyat Malaysia tidak sabar menanti pembukaan tempat tersebut. 

Dan kami sebagai warga Johor juga mengharapkan harga tiketnya adalah bersesuaian dan mampu buat rakyat Malaysia.



Susu ibu mujarab untuk sakit mata

Jika saya dengar perkataan "susu ibu" automatik saya akan ingat petua mak saya untuk penawar sakit mata.

Setiap kali kena sakit mata, emak akan titiskan susu emak kat mata.Alhamdulilah petua emak tu mujarab dengan izin Allah.

Tentu ramai juga yang mengamalkan petua ni kan? Maklumlah zaman dulu bukan senang nak pergi klinik lagi-lagi yang duduk di pedalaman.Jadi, susu ibu sebagai ikhtiar untuk merawat sakit mata.

Sumber gambar dari Google (takde model orang Malaysia jadi saya ambil mata orang putih)


Kenapa "susu ibu" boleh merawat sakit mata?

Antibodi di dalam air susu ibu iaitu immunoglobulin, mencegah bakteria dari melekat pada permukaan mata.
Ini menyebabkan pertumbuhan bakteria terhalang dan membantu untuk menamatkan jangkitan mata.

Namun jika selepas dititiskan beberapa kali tidak juga sembuh, lebih baik mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.







Pantun mata lebam

punca mata lebam

Rasa lama benar tak berpantun, last berpantun masa tingkatan lima tahun 1996.Dah 19 tahun saya tinggalkan dunia pantun.

So entry kali ni nak buat pantun untuk mata lebam.Tapi tak sehebat pemantun di luar sana, maklumlah untuk suka-suka je.

Jom tengok pantun sempoi saya ni.

Soalan:

Kain perca bawah tilam,
Tinggi galah pendek si nyonya,
Apa punca matanya lebam,
Beritahulah hamba apa puncanya?

Jawapan:

Sedap kebab rotinya tembam,
Buah delima turut dihidangkan,
Banyak sebab matamu lebam,
Ada lima hamba akan susunkan.


Indah irama alunan gamelan,
Asyik semua mendengarkannya,
Sebab pertama kerana keturunan,
Kulit kita ketebalan berbeza,

Tepian perigi pegaga melata,
Bukan sebab datangnya si tempua,
Kerana alergi dan menggosok mata,
sebab musabab yang kedua.

Padang Matsirat padang tekukur,
Sejarah lama diingat juga,
Tak cukup rehat dan tak cukup tidur,
Punca ketiga lebamnya mata.

Bukan mendua bukannya curang,
Cuma menyasau buat sementara ,
Bila dah tua kolagen pun kurang,
Jangan risau Shakleekan ada.

Sedapnya lala bersama delima,
Sampai licin nasi dalam pinggan,
Anemia pula sebab kelima,
Kurangnya zat besi dalam badan.




Apa itu DETOKS ?

Selalunya detoks ini dikaitkan dengan proses nak menguruskan badan.Tapi tahukah kita apa itu "detoks" sebenarnya?

Apa itu detoks?

Detoks atau detoksifikasi merupakan suatu proses pembersihan tubuh dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedari telah masuk  di dalam tubuh kita dalam jangka waktu yang lama.
Kelebihan detoks

Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. 

Badan manusia mempunyai sistem detoks sendiri iaitu organ hati, usus dan ginjal. 

Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detoks secara semulajadi. 

Detoks dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Khasiat detoks

Tapi ingat ya, detoks itu bukan DIET! Detoks adalah detoks dan diet adalah diet di mana detoks proses pembersihan dan diet adalah pengambilan makanan yang betul.


Tempoh masa detoks?

Diet detoks ini boleh dilakukan 2 hingga 3 hari berturut-turut. Bagi yang berminat untuk melakukan diet detoks ini yang paling penting adalah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran (dan semestinya 2 bahan ini banyak fitokimia dan vitamin C). 

Kemudian anda perlu perbanyakkan makanan dari produk bijiran seperti fosforus dan laksatif. Anda juga harus kerap memakan kobis, brokoli dan sayur -sayuran yang banyak unsur sulfur (baik untuk detox hati tau!). Dan semua makanan ini perlu dimakan semasa diet detoks.

Detoks


Saya cadangkan detoks dengan cara mudah iaitu pengambilan supplemen Shaklee iaitu:-

1.Alfalfa - detoks darah
2.DTX Complex - detoks hati
3.Herblax -  detoks usus

detoks darah
Detoks hati
Detoks usus
Bagi mendapatkan set detoks Shaklee ini boleh hubungi saya segera di 018-7944556.

Noorfadzilah binti A Aziz
ID:1134196
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA







Wednesday, January 21, 2015

Atasi pening kepala tanpa "ubat"


sakit kepala

Siapa yang tengah pening kepala sila tengok gambar ni mesti hilang sakit kepala sebab dah tergelak bila tengok gambar baby ni kan?Heheheh saja je menyakat saya ni kan....bukan apa ini semua untuk hilangkan stress pening kepala.

Pening kepala ini bukan berlaku pada orang dewasa sahaja tapi kanak-kanak pun boleh terkena pening kepala.lagi-lagi yang tak tahu yang kanak-kanak itu dah rabun.

Antara penyebab pening kepala ialah :-

1.Tekanan (tension headache).
2.Kemurungan
3.Migrain (pengecutan salur darah)
4.Penyakit serta ketegangan dalam mata.
5.Sakit gigi dan tulang rahang.
6.Penyakit berkaitan anggota telinga, hidung dan tekak.
7.Kejang otot.
10.Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
11.Angin Ahmar
12.Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
13.Tekanan Darah Tinggi
14.Pengambilan dadah dan racun

Untuk mengurangkan pening kepala tanpa makan ubat saya sarankan pengambilan SET PENING KEPALA @ SAKIT KEPALA SHAKLEE iaitu :-

OSTEMATRIX + B COMPLEX = memperbaiki perjalanan darah  dan melegakan kesakitan.

Pengedar Shaklee Pas

Selain itu, perlu juga baca doa mohon pada Allah untuk hilangkan sakit pening kepala.Saya sertakan sekali untuk perkongsian bersama .


Biarpun begitu langkah pencegahan perlu juga diambil untuk elakkan dari terkena pening kepala.

Antara cara untuk mencegah ialah:-

1.Tangani tekanan anda dengan baik.
2.Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
3.Pemakanan seimbang.
4.Kerap bersenam.
5.Berhenti merokok.
6.Amalkan gaya hidup sihat

Buat anda yang ingin bertanya lebih lanjut tentang SET PENING KEPALA SHAKLEE boleh hubungi saya rakan Shaklee anda:-
Noorfadzilah binti A Aziz
ID:1134196
H/P :018-7944556
PENGHANTARAN SELURUH MALAYSIA