Friday, January 23, 2015

Gagal dapat kerja kerana rabun warna

gagal dapat kerja kerana rabun warna

Saya pernah dengar cerita dari emak saya tentang salah seorang sepupu lelaki saya yang gagal dapat kerja kerana beliau rabun warna.Sepupu saya sendiri baru tahu dia rabun warna masa ujian warna diadakan.Kesian dia, tapi apakan daya memang bukan rezeki dia kerja di syarikat besar tu.

Penyakit rabun warna ini berbeza dengan buta warna kerana buta warna lebih teruk disebabkan keupayaan mata yang hanya boleh melihat warna kelabu sahaja. Manakala rabun warna hanya membabitkan warna merah, biru dan hijau. 

Ketidakupayaan mata untuk membezakan ketiga-tiga warna ini boleh menjejaskan kehidupan seharian seseorang terutama dalam hal memandu disebabkan di seluruh dunia menggunakan ketiga-tiga warna ini untuk ciri-ciri keselamatan.


PUNCA RABUN WARNA IALAH:-

1.Keturunan
Penyakit ini diturunkan daripada ibu kepada anak lelakinya. Wanita dikatakan bertuah kerana mempunyai unsur baka yang boleh mengatasi masalah ini berbanding lelaki. Tahap masalah rabun warna ini juga tidak berubah dengan peningkatan umur. 

2.Penyakit mata 
Apabila seseorang itu menghidap penyakit mata yang tertentu kebarangkalian untuk menjadi rabun warna adalah tinggi. Ini kerana bahagian retina mata sudah terjejas. 

3.Gangguan saraf optik
Saraf optik pada bahagian mata yang terganggu sehingga menyebabkan kerengsaan seterusnya boleh menyebabkan masalah rabun warna. 

4.Kurang zat
Seseorang yang kekurangan zat seperti Vitamin A juga boleh menjadi sukar mengenal pasti warna.

5.Sakit sebelah mata
Orang yang menghidap penyakit pada sebelah mata boleh menjadi rabun warna kerana keupayaan mata yang berbeza pada sebelah mata yang lain. Justeru, warna yang ditafsirkan pada kedua-dua mata adalah berlainan sehingga menyebabkan warna yang dilihat adalah berbeza daripada yang normal. 

6.Kesan ubat
Individu yang mengambil ubat secara berterusan seperti tamozifen (untuk sakit barah payu dara) juga boleh menjadi rabun warna disebabkan oleh kesan ubat tersebut pada saraf bahagian mata. 

Walau tiada rawatan khusus untuk pesakit rabun warna ini, dicadangkan untuk mereka mengambil Carotomax iaitu supplemen yang membekalkan vitamin A untuk menjaga kesihatan mata.
Bagi yang ingin mendapatkan produk di atas, boleh hubungi saya rakan Shaklee anda:-

Noorfadzilah binti A Aziz
ID:1134196
H/P :018-7944556
Penghantaran seluruh Malaysia.

8 comments:

  1. good info..
    salam perkenalan n follow kat sini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah...okay saya singgah ;)

      Delete
  2. biasanya kita sebut buta warna..baru tau perbezaan buta dan rabun warna ni, thanks for sharing kak dila :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...selalu sebut buta warna kan?hehehhe

      Delete
  3. memang ada jensi2 kerja yg tak boleh kalau rabun warna, kan. sebab tu bagus kalau dapat detect masalah nie dari awal, mudah nak pilih kerja yg sesuai. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada hikmahnya bila dia tak dapat kerja tu kalau tak dia memang tak tahu dia rabun warna....

      Delete
  4. dah lama tak dengar pasal rabun warna. Dulu tak berapa faham sangat rabun warna ni macam mana. Sekarang baru clear. Tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...saya pun baru faham kenapa...my pleasure

      Delete