Wednesday, January 21, 2015

Perut buncit tanda bahagia?

Ramai lelaki yang sudah berkahwin akan mengalami masalah perut buncit.

Orang tua-tua cakap, perut buncit suami tu tanda bahagia sebab isteri pandai jaga.

Alhamdulilah kalau benar seperti yang dikata.

Suami saya masa selepas 2 minggu mendirikan rumahtangga pun ramai yang tegur beliau sebab perut buncit.
Ada juga yang jumpa saya kata begini..."wah tahniahlah Anor ( rakan sekolah panggil Anor) sebab pandai jaga suami sampai berisi suaminya."

Saya pun macam terkejut katak (tak pernah dengar pulak istilah ni kan?) sebab dengar macam tu sebab pada saya punca sebenar perut buncit suami saya tu sebab............

MAKAN MALAM!

Itulah penyebab utama, saya masak banyak pulak tu so kena la suami habiskan.Kesian suami saya tau, memang suami bahagia dengan saya biarpun saya tak berapa pandai memasak.

Bila ramai dah tegur kenalah ubah cara makan sebab perut buncit tanda awal penyakit.Makan malam kena selewat-lewatnya pukul 7 malam bukan pukul 9 malam ye kengkawan.

Jadi, berhati-hatilah bila perut dah buncit walaupun orang kata itu tanda bahagia.






No comments:

Post a Comment