Thursday, January 22, 2015

Kehebatan Qailulah @ tidur siang

Qailulah

Mari kita sama-sama baca apakah kehebatan Qailulah atau tidur sebentar di siang hari .

Maksud Hadis:
Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk  Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

1.Mengikut kajian, 1 MINIT Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 MINIT waktu tidur kita di waktu malam.


   Maksudnya KUALITI TIDUR
1 minit siang = 45 minit malam


Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara MAJU barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh.
Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga.

Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Hebatkan khasiat tidur siang @ Qailulah ini ?
Rugi jika kita tidak melakukannya.In sha Allah, selamat beramal.

No comments:

Post a Comment