Wednesday, January 14, 2015

Penampilan bukan untuk dipolitikkan

Assalammualaikum wbt semua,

Apa khabar semua ? Semoga semuanya sihat hendaknya dan jika ada yang kurang sihat saya doakan semoga cepat sembuh dan jangan lupa makan ubat atau supplemen ye.Rehatkan diri dan jangan lupa solat.;)

Tentang tajuk di atas, saya sebenarnya rasa terpanggil untuk berkongsi rasa tentang penampilan yang dipolitikkan. Mungkin ramai pernah mengalami keadaan ini, di mana hanya kerana penampilan seperti ustaz dan ustazah terus dilabel "pembangkang" dan tidak menyokong kerajaan.Label itu telah membawa kepada fitnah sebenarnya, tidak takutkah mereka akan dosa fitnah ini?

Saya harap mereka yang senang-senang melabel orang dan mempolitikkan pakaian orang lain hendaklah bersihkan hati.baca balik kitab-kitab atau artikel agama tentang pakaian dalam Islam.Jika tidak mampu berubah menjadi muslimin dan muslimat sejati , jadilah manusia yang bertimbangrasa dan berhati mulia.
Jangan kusutkan akal fikiran dan sibukkan diri dengan menilai orang lain, buang masa dan buat dosa saja.

Malah ada juga yang menjauhkan diri dan tidak berkawan terus dengan orang yang berpenampilan begitu.
Ada juga label lain untuk wanita yang bertudung labuh besar,berjubah dan berstokin dianggap sebagai orang yang "kuno" dan tidak mengikuti fesyen semasa.Pada mereka , wanita yang tampil lebih terbuka dan mengikuti peredaran zaman ini adalah wanita yang moden dan lebih disenangi untuk didekati dan lebih diminati .

Bagi mereka yang telah berubah ke arah yang lebih sempurna dalam menutup aurat sepenuhnya pula, kita perlu sokong dan bukan mencemuh mereka. Jangan memandai-mandai mengata mereka berubah kerana tujuan sesuatu , sedarlah! Siapa kita untuk menilai manusia lain? Hanya Allah yang boleh menilai dosa pahala manusia serta tingginya takwa seseorang itu kepada Allah.

Jadi, mari kita sama-sama ingat semula janji kita pada Allah sebelum kita ke dunia di mana kita akan patuhi perintah Allah bukan mengingkari perintahNya.

Rebutlah peluang yang masih ada ini, kerana kita tidak tahu bila kita akan kembali padaNya.


Berdoalah agar Allah tetapkan hati kita semua dilandasan yang benar.

No comments:

Post a Comment