Thursday, January 22, 2015

NASI AYAM makanan kegemaranku

Nasi ayam lazat
Gambar ihsan dari http://firzarecipe.blogspot.com (tq!)

Simple je makanan kegemaran saya kan? Saya memang suka sangat nasi ayam sebab pada saya ianya dah cukup semuanya sebab ada karbohidrat (nasi) , protien (ayam ) , sayur , buah , sambal , kuah kicap dan juga kicap.

Nasi ayam paling sedap saya pernah makan ialah masa saya belajar di Bandar Baru Salak Tinggi,Sepang, Selangor.Berbaloi dengan harga nasi ayam masa tu baru RM2.00 (tahun 1997) , murah dan banyak pulak tu memang tersandar kekenyanganla saya lepas makan.

Lagi satu , kalori sepinggan nasi ayam cuma 278 kalori sahaja.Untuk membakar kalori sebanyak itu kita boleh berjoging selama 30 minit atau berbasikal selama 45 minit.

Di sini saya nak kongsikan resepi nasi ayam yang saya pernah cuba dan rasanya memang sedap.Jom cuba!

Sup Ayam(direbus)
1 ekor ayam dipotong 12
2 ulas bawang putih
2 cm halia 
1 bungkus sup bunjut 
1 biji bawang besar, dihiris 
1 sudu besar perasa knor sedikit garam 

Untuk Sup 
Lebihan air rebusan ayam 
1 biji bawang besar kisar 
3 biji ubi kentang, dipotong 4 
garam 
daun sup  
daun bawang yang dihiris. 

Untuk Perap Ayam
Ayam yang direbus 
1 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar kicap masin 
1 sudu kecil lada sulah 
1 sudu kecil lada hitam 
1 sudu besar madu 

Untuk Sos Kicap 
Lebihan air rebusan ayam 
1 sudu besar kicap manis .
1 sudu besar kicap masin 
1 sudu kecil lada sulah 
1 sudu kecil lada hitam 
1 sudu kecil madu 

Untuk nasi 
5 cawan beras 
3 sudu besar butter 
1 cm halia, ditumbuk 
4 ulas bawang putih , ditumbuk 
air rebusan ayam tadi secukupnya sedikit garam. 

Bahan sos cili 
5 biji cili merah 
5 ulas bawang putih 
1 sudu teh cuka, garam, gula 
1/2 cawan air 

Cara-cara ....
Ayam dibersihkan dan direbus seperti ramuan sup ayam di atas sehingga ayam separuh empuk. 
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15 min. 
Bakar ayam dalam oven selama 20 min. 
Basuh beras dan toskan. 
Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. 
Masak seperti biasa.

Untuk sos, kisarkan semua bahan diatas. Dimasak selama 5 min. 
Untuk sup, air rebusan ayam didihkan bersama ubi kentang, bawang besar, garam, daun bawang dan daun sup tadi. 
Sos kicap boleh di gunakan air dari ayam yang diperap tadi atau di buat semula seperti sos kicap di atas. 






No comments:

Post a Comment