Sunday, January 25, 2015

Apa itu makanan segera?

Makan mudah disiapkan

Makanan segera atau dalam bahasa penjajah ialah "fast food".Ia merujuk kepada makanan yang mudah diperolehi dan cepat disediakan.

Bermula di Amerika Syarikat dalam tahun 1950an dan ia sangat popular sehingga kini merebak ke seluruh negara.Makanan segera ini merangkumi makanan yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terlebih dahulu dan dihidangkan kepada pelanggan dalam bentuk bungkusan.

Bilangan restoren makanan segera semakin hari semakin bertambah bak "cendawan tumbuh selepas hujan".Pelbagai jenama syarikat makanan segera yang terkenal khususnya dari luar negara.

Promosinya pula sangatlah meluas di pasaran melalui televisyen, radio , akhbar harian, majalah dan internet.
Pelbagai tarikan yang dibuat termasuk hadiah untuk kanak-kanak dan ibu bapa yang pada mulanya berkata "tidak" pada makanan segera tapi setelah didesak anak maka terpaksa beli juga.

Majoriti wanita Malaysia yang bekerjaya yang sentiasa pulang malam akan membeli makanan segera untuk dihidangkan kepada keluarga.Makanan segera juga menyediakan pelbagai menu jadi orang ramai banyak pilihan dan tidak jemu.

Namun dalam kepelbagaian menu dan rasa yang sedap, makanan segera sebenarnya mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan.Contohnya...kolestrol tinggi, obesiti, darah tinggi dan sakit jantung.

Selain itu, ia menggalakkan sikap boros kerana makanan segera ini mahal harganya.kadang-kadang seketul ayam goreng boleh mencapai harga RM7.00 seketul.Mahal tu......

Jadinya, saya rasa tak perlulah diamalkan makanan segera ini kerana ianya mendatangkan banyak keburukan bukan kebaikan.

*Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi (http://www.celiknutrisi.my ,MinAinaIlaAina (http://minaina-ilaaina.blogspot.com), MamaOlin (http://mamaolin.blogspot.com), VitaMoon (http://vitamoon.blogspot.com) dan BabyKawaiiStore (http://healthy.babykawaiistore.com).


No comments:

Post a Comment