Wednesday, January 7, 2015

Umar nak celik mata jugak

Setiap kali bersalin pasti ada saja kenangan yang dapat dicipta.Namun saya ada satu kenangan yang agak kelakar untuk diingat sampai bila-bila, in shaa Allah.

Saya memang akan gelak bila teringat peristiwa ni, mana taknya Umar Muallim adalah satu-satunya anak saya yang lepas je keluar dari rahim saya terus nak buka mata.

Sedaya upaya Umar nak buka mata dan tengok saya masa dia diletakkan kat dada saya.Anak yang lain tak pernah pulak macam tu, selalunya mereka akan menangis sebaik saja dilahirkan.

Masa Umar kat dada saya, dia terus senyap dan berusaha nak buka mata sampai ayah Umar pun ketawa tengok keletahnya.
Umar Umar....saya pun tak pasti kenapa Umar beria nak buka mata masa tu sedangkan masih ada selaput lagi kat muka dan matanya.Nampak comel sangat (pada saya laaa) !Geram tengokkan telatahnya tu. 

Inilah budaknya si Umar Muallim.Gambar kat atas tu dia tengah tahan kesejukan berendam dalam kolam.Kalau tak angkat naik atas mahu tak nak keluar dari kolam.Mujur kakak sepupunya , Kak Aishah rajin melayan kalau tak memang letih juga lah kalau ibu yang jaga sorang...ehehhehe

No comments:

Post a Comment