Wednesday, January 21, 2015

Azam tahun baru 2015


Selalunya setiap tahun baru datang, pasti ramai antara kita yang menanam azam baru.

Ada yang realistik dan ada yang macam tak berapa "real" untuk dicapai kot.

Tapi terpulang pada masing-masing punya inspirasi dalam berazam.

Buat saya pula, tahun ni saya berniat nak pasang azam baru dan dipecahkan kepada beberapa bahagian untuk lebih clear dan senang untuk saya capai, in shaa Allah.

1.Ibadah

*Solat sunat Duha setiap pagi
*Solat witir sebelum tidur
*Selawat  setiap pagi dan petang
*Istighfar  pagi dan petang
*Puasa awal, pertengahan dan akhir bulan.
*Membaca Al-Quran satu muka setiap hari selain membaca Yaasin,Al Waqiah, dan Al Mulk.
*Bermuhasabah setengah jam setiap hari .
*Menutup aurat dengan lebih sempurna sebab dah berapa lama hidup asyik langgar piawaian yang Allah tetapkan.(Astagfirullah)

2.Kesihatan

*Join Group training untuk "lose weight" di Scientex Gym (bersenam 3 kali seminggu dengan target 800kalori sehari)
*Makan nasi pada waktu pagi sahaja (macam orang zaman dulu-dulu sebelum nak menoreh makan nasi)
*Cuba dapatkan tidur seawal pukul 11.00 malam setiap hari dan bangun pukul 5.30 pagi (ada anak kecik ni memang selalu tidur lambat, redha je la)
*Tidur sebentar 20 minit sebelum Zohor ( ini memang perlu untuk refresh)
*Minum air suam 6 liter sehari.(biar kulit lembap dan detoks serta bakar kalori)

3.Ilmu

*Habiskan membaca satu, dua atau lebih banyak, buku setiap bulan teruatama buku motivasi.
*Membaca Tafsir Al-Quran setengah jam setiap hari.( seronok bila baca sebab sebelum ni memang tak pernah nak mendalami)

4.Ekonomi

*Simpan RM300 sebulan atau lebih banyak dari itu ikut keupayaan.
*Jumpa 5 orang prospek pelanggan setiap hari
*Buat blog dan tulis minima 1 artikel setiap hari
*Kongsi maklumat di FB 2 jam sekali  setiap hari
*Belajar kemahiran baru sebulan sekali ( contoh:belajar buat bantal comel)
*Membaca maklumat perniagaan satu jam setiap hari
*Mengemas dan membuang atau menjual barang terpakai sebulan sekali.
*Belanja kawan-kawan makan sebulan sekali.
*Promosi besar-besaran untuk produk Shaklee.

Itulah list azam tahun 2015 ini, semoga Allah perkenankan hendaknya.Aamiin.


1 comment: