Tentu ada yang tercari-cari senaman apakah untuk mengecilkan lengan yang tiba-tiba membesar sebagai johan ( mana ada tiba-tiba jadi besar kan? sebenarnya ianya mengambil masa juga...heheheh)
Saya pun mengalami masalah berlengan besar, sebenarnya saya terkejut jugak bila lepas bersalin anak no.4 pada tahun 2011 ( umur 32 tahun) tiba-tiba saya tengok lengan saya dah besar.
Sedih dan geram bila tengok lengan besar gabak dan geleber. Stress pun ada tapi saya cepat-cepat cari jalan penyelesaiannya tak nak hanyut dalam kegeraman ( amboi ayat baru yek).
Cari punya cari kat Google saya pun jumpa senaman yang mudah dan senang untuk dibuat iaitu:-
1."Push up" atau tekan tubi - senaman ini dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan . Jadikan ia satu senaman yang wajib dibuat .Sekarang ni saya mampu buat 50 kali je dalam satu masa tapi kalau angin rajin datang saya akan buat 50 kali untuk 2 set ( selepas solat Subuh dan solat Isyak).Tapi kalau saya dah buat di gym saya takkan buat lagi di rumah, penat wooo gigil tapak tangan i.
2.Boxing - salah satu cara yang popular di kalangan mereka yang menjalani kehidupan sihat untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik. Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’ ini akan membantu koordinasi dan keseimbangan badan serta boleh membentuk lengan yang cantik serta hilangkan stress.Saya memang suka boxing ni rasa macam puas hati je kalau dapat tumbuk betul-betul sambil bayangkan lengan yang seksi gitu.
Selain dari bersenam, jangan lupa jaga pemakanan ye dan minum air masak banyak-banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.Lepas tu, kena istiqomah untuk nampak kesan lebih cepat.Lain orang lain keputusannya ada yang cepat dan ada yang lambat tapi asalkan selamat.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment