Tuesday, January 6, 2015

Terima kasih Allah


Allahuakbar! Besar sungguh nikmat Allah beri pagi ni......Alhamdulilah kami terselamat dari melanggar kereta "baru" di hadapan kami yang berhenti secara tiba-tiba di simpang.
Suami sempat brek dan mengelak ke tepi dan kebetulan tiada motor di sebelah kiri kami.Tapi kereta belakang kami tak sempat mengelak lalu melanggar kereta baru tu.......

Memang terkejut jugak la dengan kejadian ni sebab saya sedang sibuk mengisi borang order Shaklee tiba-tiba suami brek emergency dan melencong ke kiri.Tak lama lepas  tu bunyi "BURK" saya nampak kereta hitam belakang saya tadi dah langgar kereta baru tu.....berderau saya dibuatnya .

Alhamdulilah...syukur Ya Allah kerana memberi kami ruang untuk mengelak jika tidak memang kami terpaksa cuti sehari nak selesaikan masalah dan kami tak dapat guna kereta yang jimat minyak tu.
Terpaksalah guna "bas mini" kami yang banyak guna minyak tu, sujud syukur kami suami isteri kerana Allah sayangkan kami.Allahuakbar.








No comments:

Post a Comment