Monday, January 26, 2015

Kampungku Yang Dirindu

Assalammualaikum dan salam kasih sayang semua,

Entah kenapa tiba-tiba rasa rindu kat kampung meluap-luap pula.Saya anak kampung yang dilahirkan di Kampong Baru Mukim 7 Parit Yaani, Johor.Saya memang dilahirkan di rumah arwah Nyaie (nenek) dan arwah Ya'ie (datuk) sebab mak saya tidak pergi ke hospital.

Inilah tangga rumah kelahiran saya.Jejaka tampan ini adik kedua saya bergambar kenangan semasa raya tahun 2006 tak silap.

Saya rindu nak main pondok-pondok di kebun, saya rindu nak mandi parit , saya rindu nak panjat pokok rambutan dan manggis.Saya rindu nak makan durian dan saya rindu kawan sekampung saya.Berbasikal kesana kemari tanpa penat seawal 9 pagi dah mula ligat.Saya sempat bersekolah di sekolah Sri Idaman selama beberapa bulan saja dan kawan-kawan saya kebanyakkan lelaki sebab hanya mereka yang duduk dekat dengan rumah arwah Nyaie saya dan sifat tomboy saya masa kecil dulu buatkan saya serasi berkawan dengan mereka terutama dengan anak cik Salleh iaitu Along.Dia seorang kawan yang sangat setia sebab setiap kali pergi sekolah mesti tunggu depan rumah dan kami bersaing dan paling terharu dialah selalu yang betulkan rantai basikal saya.Apa khabar dia agaknya sekarang?



Perjalanan dari Pasir Gudang ke Kampong Baru Mukim 7 menaiki kereta hanya memakan masa 1 jam 30 minit sahaja melalui highway.Jika lalu luar mungkin dalam 2 jam perjalanan lamanya.Tapi zaman dulu kala saya pernah juga naik bas dan rasa labih seronok sebab kami naik bas secara berjemaah.Cuma sampai pekan Parit Yaani tu kami kena naik kenderaan sewa atau minta tolong saudara mara untuk mengambil kami.




Cantikkan masjid Kampong Baru ni.Belakang masjid ini bersemadinya arwah nenek dan datuk saya.
Al Fatihah buat keduanya yang saya rindui.Rumah kenangan itu dah disewakan dan suatu hari nanti saya harap ada saudara mara saya yang dapat duduk di sana so bila raya nanti boleh singgah.Mana tau kalau emak dan ayah saya nak duduk sana mesti happening rumah tu nanti seperti dulu-dulu.


*Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma (http://genkimomma.my), EmakSkema (http://www.emakskema.com) dan MyInfoVitamin (http://myinfovitamin.com).

3 comments:

  1. nostalgik nya bila ingat cerita2 masa kecik kt kampung, kan? ^_^ seronok sangat2 ..hehe
    (eh..kita sama2 orang johor rupanya~~ :D)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya byk lagi cerita2 masa zaman kanak2 nak dikongsi tp tu la..masa tak mengizinkan...hehehhememang seronok kan?
      wah kita johorean la yerk...

      Delete
  2. teringat zaman dulu-dulu time balik kampung.. best nya..

    ReplyDelete