Setiap kali kena sakit mata, emak akan titiskan susu emak kat mata.Alhamdulilah petua emak tu mujarab dengan izin Allah.
Tentu ramai juga yang mengamalkan petua ni kan? Maklumlah zaman dulu bukan senang nak pergi klinik lagi-lagi yang duduk di pedalaman.Jadi, susu ibu sebagai ikhtiar untuk merawat sakit mata.
Sumber gambar dari Google (takde model orang Malaysia jadi saya ambil mata orang putih)
Kenapa "susu ibu" boleh merawat sakit mata?
Antibodi di dalam air susu ibu iaitu immunoglobulin, mencegah bakteria dari melekat pada permukaan mata.
Ini menyebabkan pertumbuhan bakteria terhalang dan membantu untuk menamatkan jangkitan mata.
Namun jika selepas dititiskan beberapa kali tidak juga sembuh, lebih baik mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
No comments:
Post a Comment