Friday, January 16, 2015

Pertemuan pertama

Jika ingat balik pertemuan saya dengan suami, saya mesti cakap "herm tak sangka jumpa jodoh masa bekerja".

Tapi itulah jodoh namanya dan jodoh itu kan rahsia Allah.Manalah kita pernah sangka dan mana pernah tahu.
Saya jumpa encik suami masa saya buat promosi produk takaful.Sebelum tu saya call dulu dan masa dengar suara untuk pertama kali saya agak suami saya ni dah berkeluarga sebab matured betul suaranya.Pandai-pandai je  saya  kan....maklumlah masa tu saya memang tengah sakit hati sangat dengan lelaki biasalah kes kasih tak kesampaian.Memanglah sakit hati.....

Sebelum buat promosi saya jumpa suami dan terangkan serba sedikit tentang produk tapi saya tengok suami macam tak berminat dengar pastu telinga merah-merah.Saya confius!Kenapa pulak la dengan encik ni? 
Saya pun buat-buat tak tahu yang penting kerja saya hari tu siap.

Lepas tu suami saya ada hubungi saya, cerita punya cerita barulah tahu suami saya ni bujang rupanya.So, selama ni saya silap dan tentang telinga merah tu pula sebab suami nervous dan malu.Pemalu rupanya kekanda ku ini tapi dalam telefon cakap macam biasa je.Mungkin sebab mata saya ni besar sangat kot tu yang suami macam gitu.

Siapa sangka pertemuan kami bermula di tempat kerja suami dan suami masih bekerja di tempat yang sama.
Setiap kali meeting bulanan kat tempat kerja saya, mesti saya kena usik dengan Pengurus Besar sebab saya bukan setakat dapat customer tapi dapat jodoh lagi.Malunya saya....hehehhehe tapi sekarang saya dah tak bekerja di situ .

Ini gambar masa majlis nikah kat rumah saya, kami tak bersanding tapi saja-saja pakai macam ni untuk gambar kenang-kenangan.Saya memang berkenan dengan suami saya ni sebab kuat agamanya,penyayang,gentle,handsome (ramai peminat ni mana taknya jejaka idaman Malaya tu) dan yang paling best ialah suami saya penyabar sangat dan suami pandai handle saya.

Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan kekal bahagia serta sihat walafiat ...Aamiin.





No comments:

Post a Comment