Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.
Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.
Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambi berhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.
Inilah antara gambar kenangan kami pergi jalan-jalan melancong tempat orang sambil hiburkan hati.
Namun kami sekeluarga belum lagi dapat melancong ke luar negara bersama-sama.Belum ada rezeki lagi untuk kami sama-sama ke luar negara dan lagipun saya tak berani nak naik kapal terbang berjam-jam lamanya.
Melancong ni memang banyak faedahnya selain dari dapat kenal tempat orang.Selain itu, antara kebaikan melancong ialah:-
1.Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama kita.
2.Memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan sebagainya.
3.Semestinya mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan fikiran .
Jadi marilah sama-sama kita jadikan melancong ini sebagai salah satu aktiviti keluarga yang wajib kita buat.Tak dapat buat setiap bulan, buatlah setahun sekali.
Keluarga saya memang setiap bulan akan ke luar pergi berjalan-jalan.Memang kami sediakan bajet untuk melancong sebab pada kami ini adalah salah satu amal jariah untuk anak-anak kami.Tak kisahlah kalau kami kena ikat perut sebab kami yakin rezeki anak-anak tetap ada.Apa yang penting bagi kami adalah...anak-anak gembira!
No comments:
Post a Comment