Thursday, January 22, 2015
Pantun mata lebam
Rasa lama benar tak berpantun, last berpantun masa tingkatan lima tahun 1996.Dah 19 tahun saya tinggalkan dunia pantun.
So entry kali ni nak buat pantun untuk mata lebam.Tapi tak sehebat pemantun di luar sana, maklumlah untuk suka-suka je.
Jom tengok pantun sempoi saya ni.
Soalan:
Kain perca bawah tilam,
Tinggi galah pendek si nyonya,
Apa punca matanya lebam,
Beritahulah hamba apa puncanya?
Jawapan:
Sedap kebab rotinya tembam,
Buah delima turut dihidangkan,
Banyak sebab matamu lebam,
Ada lima hamba akan susunkan.
Indah irama alunan gamelan,
Asyik semua mendengarkannya,
Sebab pertama kerana keturunan,
Kulit kita ketebalan berbeza,
Tepian perigi pegaga melata,
Bukan sebab datangnya si tempua,
Kerana alergi dan menggosok mata,
sebab musabab yang kedua.
Padang Matsirat padang tekukur,
Sejarah lama diingat juga,
Tak cukup rehat dan tak cukup tidur,
Punca ketiga lebamnya mata.
Bukan mendua bukannya curang,
Cuma menyasau buat sementara ,
Bila dah tua kolagen pun kurang,
Jangan risau Shakleekan ada.
Sedapnya lala bersama delima,
Sampai licin nasi dalam pinggan,
Anemia pula sebab kelima,
Kurangnya zat besi dalam badan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment