Saya pulang dari training agak lambat iaitu hampir setengah jam lewat. Saya beritahu Ayla (anak no.2 ) yang saya akan pulang pada pukul 9.30 malam tapi saya tiba di rumah pukul 9.50 malam.
Dia tidak pernah resah sebegitu sebelum ni , ayahnya kata dia memang risau sangat sampai tanya pada suami saya "ibu takde wasap aper2 ke ayah ? kenapa ibu lambat ayah? risau la Ayla...."
Saya tahu sekarang ni dialah yang paling rapat dengan saya sejak kakaknya duduk asrama.Alhamdulilah sejak dia menjadi "kakak" di rumah dia berubah menjadi lebih bertanggungjawab.Inilah hikmahnya bila menghantar anak yang sulung ke asrama, jadi anak kedua kami belajar erti berdikari dan lebih rajin jadinya.
Bila dia dah rapat dengan saya, dia menjadi lebih prihatin . Alhamdulilah......
So, lepas ini saya kena jaga masa saya betul-betul dan jangan buat anak saya risau.Ayla kata dia memang sangat perlukan saya lagi-lagi semalam perut dia tak berapa sihat, dengan sayalah dia mengadu.nak mengadu dengan kakak, kakak dah jauh.Kesian Ayla.....
Inilah Nur Ayla (sebelah kiri) masa umur 2 tahun.Sangat akrab dengan kakaknya dan sampai hati kami pisahkan mereka demi masa depan mereka.
comel ;)
ReplyDeletecomel tapi ganas...heheheh
Delete