Selepas selesai mendengar taklimat dari Mudir Madrasah Annuur, Ustaz Haji Noor Effendi bin Haji Hamid Al-Hafiz , ( juga seorang blogger yang boleh kita lawati blognya di sini noehas.com ) saya terus kongsikan bersama dengan suami tercinta dalam perjalanan pulang ke Pasir Gudang.
Suami tak dapat mendengar sama kerana menjaga 2 orang anak lelaki saya di dalam "bas mini" kami.Nampak sangat dalam hal ni suami saya lebih sabar melayan karenah anak dari diri saya sendiri...heheheh
Saya bersama bakal Hafizah (Aamin...Ya Allah) iaitu anak saya Nur Uzma duduk bersama-sama mendengar taklimat yang diberikan.Taklimat ini diberi untuk ibu bapa fikir lebih dalam dan melihat kembali niat menghantar anak ke Madrasah Annuur ini ( boleh singgah sebentar di blog madrasah untuk info lebih lanjut di sini http://www.madrasahannuur.com/.
Ustaz muda dan hebat ini menerangkan tentang perjalanan anak-anak jika memasuki Madrasah Annuur ini.Jika ada ibu bapa yang kurang yakin dan tidak yakin mampu berkorban jiwa dan raga dibolehkan untuk membatalkan niat menghantar anak ke pusat tahfiz ini.
Dalam mendengar taklimat itu, ada sebahagian kata-kata ustaz membuat saya tersentuh hingga tak mampu membendung air mata hingga tersedu-sedan dibuatnya.Astagfirullah, malunya saya.Saya sebenarnya yang susah nak menangis tapi kalau dah menangis memang susah nak berhenti dan muka pulak sampai merah padam di buatnya.Saya dah cuba kuatkan diri untuk tidak menangis bila nak hantar anak ke madrasah ni, saya tahan tapi tak tertahan.Bercampur baur perasaan saya ketika itu , saya sedih sebab nak berjauhan dengan anak sulung saya dan gembira kerana Allah memberi hidayah dan kekuatan untuk saya dan suami menghantar anak ke Madrasah Annuur ni.Saya rasa kecil dan kerdil bila mendengar kelebihan mempunyai anak yang menghafal Al-Quran sebab saya tak mampu menjadi anak yang menghafaz Al Quran kerana kengkangan wang.
Masa saya bercerita dengan suami pun saya masih berasa sebak, sungguhlah sedihnya saya ketika tu sampai suami pun diam sekejap bagi saya ruang.Malunya tapi tak tahulah saya teremosi sekejap.
Saya sedih sebab saya tak dapat jadi hafizah dan saya rasa macam dah terlambat nak menghafaz Al-Quran.Memang mak ayah dulu pun pernah niat nak hantar saya jadi pelajar tahfiz tapi apakan daya tidak berkemampuan.Saya hanya dapat merasa sekolah tahfiz di bandar Muar hanya beberapa bulan saja sebab kami berpindah ke Pasir Gudang.
Bila mendengar kisah saya tu, suami saya kata...." kalau begitu kita tukar target dan fokus kita dalam Shaklee selama ni ye...kita tukarkan kepada............................(biarlah rahsia...maaf ye saya tak dapat nak kongsikannya)
Subhanallah....saya terkedu sekejap bila mendengarnya dan mengangguk setuju dan berazam akan buat business bersungguh-sungguh bukan hanya cakap saja.Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan fizikal dan mental untuk kami sekeluarga menjayakan misi kami ni.
In shaa Allah...
No comments:
Post a Comment