Wednesday, January 21, 2015

DOA ANAK CERDIK, BIJAK, GENIUS YANG LUAR BIASA

Setiap ibu bapa yang bertanggungjawab serta penyayang akan cuba buat yang terbaik untuk anak-anaknya.

Begitu juga dengan kami suami isteri, cuba sediakan yang terbaik dari segi zahir dan batin.

Dalam mencari doa-doa yang terbaik untuk anak-anak kami, saya terjumpa satu doa yang ringkas tapi sangat besar maknanya.

Doanya seperti di bawah :-

Anak lelaki : ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDIN WAALLIM HUTAAWIL  

Anak Perempuan : ALLAHUMMA FAQQIHHA FIDDIN WAALLIM HATAAWIL

Bermaksud: "Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran." 

Doa ini telah dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RA sewaktu beliau berusia 6 tahun. Alhamdulillah, beliau jadi genius. Beliau telah dilantik jadi Mufti di Baghdad semasa berusia 13 tahun dan menjaga solat. 

* Letakkan tangan diubun-ubun anak dan baca*


No comments:

Post a Comment